Pengemis Hampiri Kedai Mengharap Sedekah, Wajah Kacaknya Buat Gadis Tak Keruan Skip to main content

Pengemis Hampiri Kedai Mengharap Sedekah, Wajah Kacaknya Buat Gadis Tak Keruan



Tiada tempat tinggal menjadi salah satu sebab mengapa kebanyakan pengemis terlihat compang-camping. Jangankan mandi, bahkan berfikir mahu mencari 1 sen wang untuk mengalas perut setiap hari pun sudah cukup melelahkan buat mereka. Justeru jika terjumpa atau didekati golongan ini, kita tidak sewajarnya memandang rendah kerana mereka mempunyai 1001 kisah tersendiri mengapa kehidupan boleh jadi begitu.


Semua terkejut lepas pengemis turunkan mask & dedah wajah sebenar 


Namun bagi kisah menarik di bawah, siapa sangka seorang pemuda ini seolah-olah meraih populariti ekspres apabila rakamannya menjadi tular di TikTok dengan 15.6 juta tontonan. Pada awalnya, pengemis muda ini telah mendekati pintu sebuah spa kecantikan dan mengharapkan derma. Dengan reaksi polos, dia menurukan mask sekali gus membuat orang kedai terkejut besar setelah melihat wajah sebenarnya.


@cha.lacsamana kagwapong bata #pageforyou #trending #viral #fyp ♬ Never Forget You - Noisettes


Sempat berikan senyuman manis selepas gadis dalam spa sedekah duit 


Meskipun penampilan luarannya sedikit comot dan kotor, namun mukanya yang agak kacak membuatkan gadis-gadis dalam spa itu menjadi tidak keruan. Sebelum berlalu pergi, pemuda sopan tersebut sempat memberikan senyuman manis sebagai tanda terima kasih setelah diberikan sedikit wang.


@cha.lacsamana Reply to @lapusheet magkano lang po nabigay namin pero yung sukli napaka laking ngiti🥺❤️ #fyp #pageforyou #trending #viral ♬ At My Worst - Piano Version - Kim Bo


Tolong make over, suruh dia cari kerja mesti dapat…Kalau tiap hari mandi mesti lain 


Terpesona, mungkin itulah satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan netizen selepas melihat video pengemis kacak tersebut. Selain memuji wajahnya, ramai yang berharap ada pihak boleh membantunya mengubah penampilan seterusnya berusaha mencari kerja.





Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari