Sejak dari awal perkahwinan sehinggalah sudah pun berbadan dua, kisah Puan Yaya yang berbadan genit ini menjadi tumpuan. Ramai pada awalnya risau akan kehamilan tersebut dengan keadaan diri wanita berkenaan yang cuma mempunyai ketinggian 119 cm. Namun sejak beberapa hari lalu, dia sudah pun menyerahkan diri di sebuah pusat perubatan di Terengganu untuk melalui proses bersalin dengan lancar.
Saya terpaksa admit awal sebab baby saya besar, takut kalau tunggu lama risiko
Terdahulu, Yaya sempat memaklumkan dirinya perlu bersalin menggunakan kaedah caesarean atas beberapa faktor. Selain ukuran bayi dalam kandungan agak besar, ketinggian wanita tersebut turut memainkan peranan sehingga dia perlu melahirkan awal dari due date sepatutnya sekitar akhir Februari.
@buyahhh terima kasih yg mana doakan sy dgn baby. sy harap yg mne belum ade rezeki lgi tu korqng kena sabar , doa bnyk2 . loveyou korang 🥰💕 #fyp #fypage ♬ Perwiraku teruskan berjuang - Rilex Are Boh
@buyahhh Balas kepada @kaz_kidal ♬ bunyi asal - Yaya Mekcekk
Thank you untuk yang doa untuk adik baby
Terbaru selepas beberapa jam dimasukkan ke dalam bilik rawatan, si suami memaklumkan anak sulung mereka telah pun selamat dilahirkan. Bayi lelaki seberat 2.35 kilogram itu berada dalam keadaan sihat sahaja. Sebelumnya, Yaya sempat meluahkan rasa tak sabar untuk dibenarkan pulang kerana sudah merasa cukup rindu dengan suaminya.
Alhamdulillah tahniah buya, selamat berpantang…Geram tengok pipi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita baru daripada pasangan berkenaan. Dalam pada itu, masing-masing tak melepaskan peluang mengucapkan rasa tahniah dan juga syukur atas kelahiran si comel tersebut.
Comments
Post a Comment