Terdahulu, Ustaz Wadi Annuar mencuri tumpuan susulan menyampaikan tazkirah di majlis resepsi perkahwinan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Heliza Helmi. Pun begitu, pendakwah bebas berusia 39 tahun itu sekali lagi jadi bualan ramai ketika menyampaikan ceramah agama melalui Facebook live baru-baru ini pula.
Tengah live ceramah…tiba-tiba ada budak lelaki datang mengadu
Menerusi klip rakaman dimuat naik pengguna akaun Tiktok @queennazz , tiba-tiba muncul seorang budak lelaki mendekatinya sambil bawa sebuah smartphone. Rupa-rupanya, si cilik bernama Umar itu nak mengadu volume suara pada gajet berkenaan agak perlahan. Justeru, Ustaz Wadi Annuar mengalihkan perhatian sebentar untuk membantunya sebelum kembali sambung ceramah.
Rupanya memang rapat & manja dengan anak jiran sejak dulu
Terdahulu, kepala Umar berbalut kerana mengalami kecederaan akibat tersungkur di tangga beberapa hari sebelumnya. Namun atas dasar sayang serta manja dengan anak jirannya itu, Ustaz Wadi Annuar pun terus bertandang ke pusat perubatan. Tidak lama selepas itu, Umar kembali aktif dan ceria semula walaupun belum sembuh sepenuhnya lagi.
@apextajudin Semoga Umar cepat sembuh ya anak Soleh..☺️ #fyp #ustazwadiannuar #keluarga ♬ bunyi asal - apextajudin
Baru tahu rupanya Ustaz Wadi belum kahwin…soft je melayan, kalau ada anak sendiri mesti lagi manja
Susulan dapat tahu Umar bukanlah anak kandungnya, rata-rata netizen tidak menyangka bahawa Ustaz Wadi Annuar rupanya masih belum mendirikan rumah tangga lagi. Pun begitu, mereka tetap memuji pendakwah tersebut kerana sabar melayan si cilik itu dengan lemah-lembut di hadapan ribuan penonton pada masa itu.
Comments
Post a Comment