Semalam, isteri kepada influencer media sosial Alief Irfan iaitu Bella mengumumkan kini sudah pun berbadan dua. Ia sangat bermakna kerana bukan setakat rahim pertama kali ‘berisi’ tepat menjelang tarikh anniversary kedua mereka, malah sekali gus dapat menutup mulut-mulut yang pernah menghinanya mandul sebelum ini.
Reaksi adik bila dapat surprise Bella mengandung…perasaan & situasi yang tak dapat dibendung, hanya Allah saja tahu
Dalam pada itu, berita gembira tersebut itu juga disambut dengan tangisan oleh adik Bella iaitu Nurul Alisya. Menerusi perkongsian di Instagram Alam Wakaka, isterinya malah sangat terkejut apabila terima kejutan bahawa kakak sulungnya itu akhirnya disahkan berbadan dua juga. Dia malah menjerit kerana tidak dapat membendung perasaan gembira yang sedang dilaluinya.
Tahun ini anak kami semua sebaya…semoga jadi mak buyung tenang & kuat menghadapi segala rintangan hamil
Tak cukup dengan itu, siapa sangka rupa-rupanya Bella bersama 2 lagi adiknya dijangka bakal hamilkan zuriat masing-masing pada tahun ini? Justeru itu, Alam Wakaka menitipkan doa agar 3 beradik ‘mak buyung’ kuat menghadapi fasa hamil seterusnya selamat melahirkan. Setakat ini, usia kandungan isterinya Alisya bakal memasuki 7 bulan.
Nampak adik sayangkan kakaknya sangat-sangat sampai nangis teruk
Gara-gara reaksi itu, rata-rata netizen turut sebak melihatkan betapa sayangnya Alisya terhadap kakaknya sebaik mengetahui berita kehamilan tersebut. Justeru itu, mereka menitipkan doa agar masing-masing selamat bersalin kelak. Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi pengalaman sama seperti 3 beradik ini.
Comments
Post a Comment