Ramai sebenarnya yang masih buntu bagaimana untuk kembali mengecapi bahagia selepas diuji dengan keruntuhan rumah tangga. Hal ini kerana bukan mudah untuk percayakan calon pasangan yang baru, bahkan takut episod duka berulang sekali lagi. Akan tetapi semuanya ketentuan Allah, jodoh baru yang lebih baik akan datang pada masa yang tepat.
Putus cinta 2010…sambung bercinta 2020
Begitu juga dengan pasangan yang mencuri perhatian ramai di TikTok baru-baru ini. Biarpun cinta monyet mereka pernah terputus, namun ibu tunggal anak 3 dikenali sebagai Eyra Leee ini akhirnya bertemu jodoh dengan bekas teman lelakinya ketika di bangku sekolah suatu ketika dahulu. Paling tak disangka-sangka, lelaki itu malah tidak pernah berkahwin dan sanggup menantinya meskipun 10 tahun berlalu.
@eyraleee ramai orang cakap , jodoh yang kedua adalah paling terbaikkk😜#fyp #fypdongggggggg #fypシ #cinta #sayang ♬ suara asli - Egi jefrina Aprianti
Layan anak aku macam anak dia, selalu bahagiakan kami…setelah ku telan pahit sekarang semuanya manis
Paling menyentuh hati, lelaki itu bukan saja sanggup mengharungi susah senang bersama dengannya. Malah dia juga tidak kekok melayan serta memenangi hati 3 puterinya saban hari seperti anak kandung sendiri. Justeru itu, Eyra meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya kerana sudi memberi sinar kebahagiaan baru terhadap keluarganya.
@eyraleee terima kasih untuk segalanya. allah sebaik baik perancang setelah ku telan pahit sekarang semuanya manis😌 #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar
Tahniah dapat jodoh yang mampu terima seadanya…selalu ayah tiri ni lagi sayangkan anak daripada bapa kandung
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat keakraban suami wanita berkenaan bersama anak-anak tirinya. Dalam pada itu, mereka turut memuji keikhlasan dan kesetiaan lelaki tersebut susulan mampu menerima Eyra Lee tanpa mengambil kira statusnya sebelum ini.
Comments
Post a Comment