Sewaktu kisah perkahwinannya tular tahun lepas, banyak komen kurang sensitif diajukan sesetengah netizen termasuklah soal bagaimana hendak mengandung dan bersalin gara-gara disebabkan saiznya yang kerdil berbanding suaminya sendiri. Namun dengan izin Allah SWT tiada apa yang mustahil, tahun ini rumah tangga mereka diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung.
Bersalin awal sebulan atas faktor keselamatan ibu & bayi
Terdahulu Syakila Norazma Amira, 28 dan Muhammad Azri Zaidi, 20 dikurniakan bayi lelaki seberat 2.35 kilogram secara Czer di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu. Meskipun pada awalnya due date dijangka hujung bulan Februari, namun proses kelahiran terpaksa dibuat sebulan lebih awal atas faktor keselamatan ibu dan anak.
Genap 3 minggu berpantang…dedah wajah anak untuk tatapan umum
Malah sejak dilahirkan pada pada 25 Januari lalu, ramai tak sabar menanti wajah anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan. Setelah genap 3 minggu berpantang, Syakila Norazma akhirnya memuat naik wajah comel bayi yang diberi nama Muhammad Ayden Adrian menerusi akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Comel baby ikut muka ibu…nanti dah besar, dia pula gendong mama
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat wajah comelnya selain menitipkan doa agar bayi tersebut membesar jadi seorang anak yang soleh. Dalam pada itu, mereka turut perasan bahawa saiz Ayden hampir sama besar dengan ibunya.
Comments
Post a Comment