Omza Malaysia Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

Ibu Luah Geram, Dituduh Tak Makan Folic Acid Punca Anak Sumbing & Jari Melekat

Bagi yang mengikuti media sosial penceramah motivasi dan juga influencer bernama Andika Putera ini, pasti tahu sebelum ini anak sulungnya dilahirkan dengan keadaan sumbing ataupun cleft pada bahagian bibirnya. Namun selepas menjalani siri operation serta rawatan tertentu, keadaan wajah si cilik bernama Alisha Puteri ini semakin bertambah baik. View this post on Instagram A post shared by ALISHA PUTERI BT ANDIKA PUTERA (@alisha_puterii) Selain sumbing…anak turut dilahirkan dengan 2 jari melekat bersama  Selain mengalami sumbing tersebut, Andika dedahkan bahawa puteri kesayangannya itu turut dilahirkan dengan 2 jari masih melekat bersama pada tangan kirinya. Gara-gara itu, dia akui sukar sedikit untuk memotong kuku pada bahagian berkenaan ekoran seolah-olah ada ‘jari keenam’ di antaranya. @andikaputeraa Ni haa close up❤️❤️❤️ ♬ original sound - andikaputeraa Kenapa tangan & mulut macam tu, sebab tak makan folic acid ke? Tasha dah makan macam-macam awak  Na

Majlis Masih Belum Habis, Tetamu Selamba Bungkus Licin Lauk Kenduri Bawa Balik

Nak menghadiri sesebuah majlis tak kira di mana sahaja, ada adabnya sebagai seorang tetamu. Lebih-lebih lagi dari segi tingkah laku sepanjang acara tersebut berlangsung. Janganlah sampai boleh merosakkan suasana atau air muka tuan rumah dari segenap sudut. Viral di TikTok rakaman mak cik ambil makanan di majlis kahwin  Tapi lain pula kejadian yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan sepasang pengantin ini. Menerusi rakaman yang telah tular di TikTok tersebut, kelihatan salah seorang tetamu sedang asyik mengambil makanan di satu ruang disediakan untuk dijamu ramai. Mak mak ni memang tak ada lawannya  Walau bagaimanapun, wanita berkenaan bukannya mengambil makanan dengan portion yang memadai untuk dimakan waktu itu. Namun dia dilihat siap membungkus untuk dibawa pulang dalam satu plastik berwarna hijau. Bukan sedikit, tapi habis licin satu dulang makanan yang terhidang di ruangan tersebut tanpa rasa segan silu dan memikiran tetamu lain. @aayurahayuuu Makmak gak ada lawan emg🤣🤣 ♬ o

Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi

Bukan sahaja banyak ‘siri’ kontroversi yang berkait dengan dirinya sejak bulan lepas, malah kini pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun. Terbaru, dia tampil menerusi sesi Live TikTok semalam demi memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan. Pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi meniaga…nak sara anak, mak & suami yang tak sihat, tolonglah faham  Menurut wakil jurucakapnya, antara kesan buruk viral tempoh hari adalah periuk nasinya di pasar malam telah ‘diboikot’ serta dimarah orang. Sambil mengesatkan air mata, Kak Long menjelaskan bahawa itulah sumber pendapatan utama demi menyara keluarganya selama bertahun-tahun. Dia bahkan sangat tertekan, sehingga pernah terfikir untuk lakukan tindakan drastik yang boleh mengancam dirinya. Mengakui kesilapan di kedai serbaneka itu berpunca daripada khilafnya sendiri, namun dia terkilan timbul isu baru apabila beberapa video lama didakwa sengaja dipotong dan ditu

Genap 3 Tahun Menghilang Tanpa Jejak, Abang Kongsi Klip Rakaman Terakhir Acap

Hari ini, sudah genap 3 tahun kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu saudara Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap. Setiap kali tiba tarikh 23 Mac, timbul sekelumit perasaan ingin tahu dalam kalangan netizen yang mengikuti detik peristiwa ini tentang apa sebenarnya yang terjadi dan di manakan keberadaan lelaki tersebut. Genap 3 tahun kehilangan adik Acap…semoga berjaya ditemui walau di mana jua dia berada  Menerusi perkongsian di Facebook miliknya pagi tadi, Denny Lang sentiasa mengingati tarikh keramat yang mana adiknya lesap secara tiba-tiba dan gagal dijumpai sehingga sekarang. Difahamkan, beberapa kenalannya di Kota Suci Mekah turut menitipkan doa agar Acap serta beberapa individu yang senasib dengannya berjaya ditemui dalam keadaan selamat seterusnya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Video & gambar terakhir Acap sebelum menghilang tanpa sebarang jejak  Malah bersempena tarikh itu juga, Denny Lang turut memuat naik video yang memap

“I faham u cakap cina tadi,” Gadis Bengang Kena Kutuk, Jurujual Cuak Siap Offer Cable Phone Percuma

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad. Sebagai rakyat Malaysia, kehidupan yang harmoni boleh dikecapi dengan perpaduan yang kuat di antara pelbagai kaum yang ada di sini. Namun begitu, perbezaan bahasa yang dituturkan seharian kadang kala disalah gunakan oleh segelintir individu. Baru-baru ini tular di platform TikTok di mana seorang gadis berkongsi cerita insiden yang berlaku semasa dia mahu membeli kabel pengecas telefon di sebuah kedai telefon bimbit. Menurut gadis bernama Farah itu, niatnya ke kedai handphone tersebut untuk mencari kabel pengecas. Dia turut memberitahu dia datang ke situ pada pukul 9.40 malam di mana kedai tersebut sudah pun hampir tutup. Selepas memberitahu pekerja di situ tentang keinginannya untuk membeli kabel, salah seorang pekerja mula bercakap sesama sendiri dalam bahasa ibunda mereka tentang gadis terseb

Pelajar SPM Ziarah ‘Rumah Baru’ Cikgu Kesayangan Lepas Habis Paper Buat Netizen Sebak

Jasa bakti dan pengorbanan guru dalam usaha memperkasa pendidikan dan mendidik para pelajar untuk membangun anak bangsa, sebagai generasi yang kelak akan menjadi peneraju serta pemimpin negara masa hadapan, sentiasa dihargai. Meskipun guru yang mengajar kita telahpun meninggal dunia, namun setiap nasihat dan tunjuk ajar mereka yang tidak pernah jemu tetap kita kenang. Berikutan kisah yang sama boleh dikaitkan dengan sebuah video perkongsian tular dimana sekumpulan pelajar SPM yang telah menamatkan peperiksaan, melawat ‘rumah baru’ guru kesayangan mereka. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azeemiskndr, kelihatan mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah tanah perkuburan. Walaupun sudah terpisah oleh ajal, namun kasih sayang mereka masih lagi utuh sehingga mereka sanggup pergi ke pusara gurunya itu setelah habis menjawab peperiksaan. Dapat juga kita lihat mereka sedang menghadiahkan bacaan doa buat gurunya itu. Susulan dari itu, terdapat penjelasan yang te

Wanita Mohon Maaf Pada DSV, Buat Parodi Tiada Niat ‘Menganjing’ & Mengejek

Selepas mengejutkan ramai dengan imej seakan-akan gambar hidup terperangkap di dalam frame, hari ini lagu baru DSV yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’ akhirnya telah diterbitkan. Walau bagaimanapun, niat seorang wanita ini melakukan parodi lucu lantas mengundang kecaman ramai kerana disifatkan sedikit keterlaluan. @md5198 dengar dulu teaser lagu terbaru dsv yg bertajuk ‘Ku Ikhlaskan’. DSV.... #datoserivida ♬ bunyi asal - SalamAbadi Cuba buat parodi lawak namun dikecam teruk  Persis seperti idea video asal, dia telah menyarungkan plastik merah jambu serta pelbagai aksesori di jari jemarinya. Malah dengan solekan serta ekspresi yang lawak, peniruannya yang cuba menjadi Dato’ Seri Vida seakan-akan berjaya sebelum dilemparkan berbondong-bondong komen negatif. @bearysha._ ghisau ye #dsv #fyp #fypシ゚viral #fypmalaysia #malaysia #queenbawang #comedy ♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUT Saya bukan buat dengan niat menganjing atau mengejek  Meraih 300 ribu jumlah tontonan, baga

Gara-Gara Iri & Hasad Dengki, Sebak Lihat Ibu Sarat Hamil Meraung Dirawat Ustaz

Hanya kerana perasaan iri hati serta hasad dengki setelah melihat kesenangan serta kebahagiaan yang dikecapi orang lain, ada sesetengah individu sanggup menghantar ilmu guna-guna untuk kepuasan diri. Malah segala macam cara yang akan digunakan supaya dapat mendatangkan kemudaratan. Ya Allah anakku, banyak sangat yang kamu sudah lalui selama hampir 9 bulan berada dalam perut mommy  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang dapat digambarkan setelah melihat sendiri kejadian menimpa seorang wanita bernama Nelyssa ini. Disaat diri sedang sarat hamil, dia diuji hebat apabila terkena buatan orang sehingga meraung-raung saat dirawat oleh seorang ustaz. View this post on Instagram A post shared by NELLYSA.OFFICIAL OLD IG 😞 (@ainaa.nellysa) Ya Allah kedai kami ni tak hebat mana pun…Cari rezeki halal nak besarkan anak-anak  Terdahulu, si suami yang bernama Afiq Zulkifly sempat menceritakan kedai yang diusahakan mereka sebelum ini pernah dihantar

Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Siapa Pula Driver Isteri Shuk Sahar?

Sebelum ini sempat juga tular beberapa perkembangan terkini tentang pelawak terkenal Shuk Sahar yang dikatakan terpaksa menjual semula rumah banglo mewah 2 tingkat miliknya kerana masalah kewangan. Meskipun sayang, namun keputusan tersebut terpaksa diambil untuk melunaskan hutang-hutang bersama bank dan teruskan kehidupan. Hapuskanlah airmataku hingga aku bisa merasa sabar dan ikhlas  Manakala si isteri Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra dipanggila Sera pula kini tampil dengan imej baru. Setelah beberapa kali melalui episod perselingkuhan suaminya itu, wanita tersebut kelihatan lebih berdikari menguruskan kehidupan bersama anak-anak dengan berniaga. View this post on Instagram A post shared by 𝓡𝓸𝓼𝓼𝓪 𝓢𝓮𝓻𝓪 🌹 (@rossa.sera) Sera dilihat keluar dari pejabat agama sambil bawa fail…Siapa pula jadi driver tu?  Walau bagaimanapun, terbaru satu rakaman yang dimuat naik wanita tersebut menimbulkan tanda tanya ramai. Terutamanya perihal status hubungan sert

Tak Sampai 24 Jam Interview TV Cancel, Kaklong Buat Hal Ejek Jalan Cara OKU?

Sejak semalam kecoh dengan reaksi orang ramai apabila mengetahui seorang wanita yang digelar ‘Kaklong’ malah dijemput bagi satu rancangan temubual di sebuah stesyen TV. Rata-rata meluahkan rasa tidak bersetuju serta tidak berpuas hati selain merasakan individu tersebut sangat tidak sesuai untuk ‘dijulang’ susulan tindakan kasarnya yang pernah viral sebelum ini Stesen TV ambil kira kegelisahan tercetus & ambil keputusan untuk tangguh penyiaran episod tersebut  Tak lama selepas itu, stesen TV yang berkenaan akhirnya mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang respon diterima. Dalam statement tersebut, pihak produksi menegaskan kehadiran wanita bernama Wan Noor Baizura tersebut dalam rakaman turut disertai seorang pendakwah yang bertindak memberi teguran serta pengajaran susulan perkongsian viral baru-baru ini. Dek kerana kecaman yang diterima, mereka mengambil keputusan untuk menangguh sementara tayangan episod tersebut. Dia mesti diri dia dah famous…Aku dok kate, mu kate  Namun tak sa

Kulit Sedikit Gelap Masa Umur Sebulan, Kekacakan Budak 1 Tahun Mempesona Ramai

Ketika bayi baru sahaja dilahirkan, kebanyakan wajah mereka adalah lebih kurang serupa iaitu sama ada kulit masih kemerah-merahan atau sedikit gelap. Pun begitu, semuanya turut bergantung kepada genetik ibu bapa malahan rupa sebenarnya hanya dapat dilihat seiring dengan tumbesaran dan peralihan usia dari tahun ke tahun. Ibu kongsi rupa anak masa umur 1 bulan vs 1 tahun  Di TikTok, pengguna akaun decbabe12 berkongsikan sebuah video menyaksikan perbandingan wajah anaknya pada usia 1 bulan vs 1 tahun. Ketika dalam fasa berpantang suatu ketika dahulu, bayi berkenaan nampak sedikit berkulit sawo matang dan mempunyai rambut yang agak nipis. Masuk umur 1 tahun, wajah anak terus glow up 100%  Namun setelah berumur 1 tahun, berlaku perubahan ketara pada seluruh wajah kanak-kanak ini. Bukan sahaja kulit yang semakin cerah dengan rambut lebat, malahan bola matanya begitu besar sekali gus menampakkan ‘sisi-sisi kekacakan’ meskipun masih lagi kecil. Sejak dimuat naik semalam, rakaman itu berjaya me