Bekas Suami Turut Harung Sungai Cari Jasad Tangmo, Kawan Nafi Ada Unsur Khianat Skip to main content

Bekas Suami Turut Harung Sungai Cari Jasad Tangmo, Kawan Nafi Ada Unsur Khianat



Kebenaran mengenai pemergian Tangmo Nida masih belum terungkai memasuki hari ke-7 sejak mendiang dilaporkan tergelincir lalu tenggelam di muara Sungai Chao Phraya. Bukan si ibu sahaja yang merasa curiga, malahan orang ramai yakin kejadian ini mempunyai unsur khianat dan merupakan jenayah terancang oleh 5 lagi rakannya.




Tangmo Nida & Tono Pakin pernah berkahwin pada 2013 


Selain abang kandungnya yang menjadi individu pertama menjumpa jasad mendiang terapung di atas air, rupanya bekas suami Tangmo iaitu Tono Phakin Khamwilaisak turut menyertai misi pencarian tersebut. Difahamkan, kedua-dua pelakon ini pernah berkahwin pada tahun 2013, namun rumah tangga mereka cuma bertahan sehingga 2015 sahaja lalu membawa haluan masing-masing.




Bekas suami juga sertai misi pencarian mendiang 


Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan sejak sekian lama, kesanggupan Tono yang turun padang dalam pencarian menyayat hati itu cukup meraih perhatian. Terlihat dia begitu fokus menyuluh permukaan air dengan lampu suluh bersama secebis harapan semoga jasad wanita yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya ditemukan secepat mungkin.


Anak sendiri pun Tangmo jaga, jadi kenapa saya nak buat begitu? 


Berbalik kepada salah seorang rakan mendiang, Idsarin “Gatick” Juthasuksawat menafikan niat jahat sengaja menyebabkan aktres itu tercampak ke dalam sungai. Tambahan pula, Ms Insarin selaku manager kepada Tangmo terhutang budi kerana anaknya sudah disayang ibarat keluarga kandung dan membiayai hidupnya. Namun apabila ditanya mengapa tiada tindakan menyelamatkan Nida yang sedang tenggelam, ini pula jawapannya. 


“Ketika ibu Tangmo tanya kenapa tak selamatkan, Idsarin kata dia tak pandai berenang. Tapi bila ‘selongkar’ media sosial, banyak sahaja posting membuktikan Idsarin pandai berenang. Rupanya, anak Idsarin adalah anak angkat kepada Tangmo. Andai kata pemergian Tangmo rasmi disahkan sebagai kecelakaan yang tidak disengajakan, duit pampasan insurance yang diperolehi adalah besar nilainya”





@tuwi8899 Balas kepada @rohxnx #Moga ♬ ตั้งใจรัก (happy accident) - พัด Vorapat & First Anuwat

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari