Hanya kerana perasaan iri hati serta hasad dengki setelah melihat kesenangan serta kebahagiaan yang dikecapi orang lain, ada sesetengah individu sanggup menghantar ilmu guna-guna untuk kepuasan diri. Malah segala macam cara yang akan digunakan supaya dapat mendatangkan kemudaratan.
Ya Allah anakku, banyak sangat yang kamu sudah lalui selama hampir 9 bulan berada dalam perut mommy
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang dapat digambarkan setelah melihat sendiri kejadian menimpa seorang wanita bernama Nelyssa ini. Disaat diri sedang sarat hamil, dia diuji hebat apabila terkena buatan orang sehingga meraung-raung saat dirawat oleh seorang ustaz.
Ya Allah kedai kami ni tak hebat mana pun…Cari rezeki halal nak besarkan anak-anak
Terdahulu, si suami yang bernama Afiq Zulkifly sempat menceritakan kedai yang diusahakan mereka sebelum ini pernah dihantar ilmu sihir. Malah pernah pekerja mereka terjumpa satu bungkusan tuala wanita berisi duit syiling serta ranting bersama nota berbunyi “Neli tutup” di belakang kedai. Malah isterinya juga kerap kali mimpi seram dan merasakan bisa di badan dan kaki.
Comments
Post a Comment