Bagi yang mengikuti media sosial penceramah motivasi dan juga influencer bernama Andika Putera ini, pasti tahu sebelum ini anak sulungnya dilahirkan dengan keadaan sumbing ataupun cleft pada bahagian bibirnya. Namun selepas menjalani siri operation serta rawatan tertentu, keadaan wajah si cilik bernama Alisha Puteri ini semakin bertambah baik.
Selain sumbing…anak turut dilahirkan dengan 2 jari melekat bersama
Selain mengalami sumbing tersebut, Andika dedahkan bahawa puteri kesayangannya itu turut dilahirkan dengan 2 jari masih melekat bersama pada tangan kirinya. Gara-gara itu, dia akui sukar sedikit untuk memotong kuku pada bahagian berkenaan ekoran seolah-olah ada ‘jari keenam’ di antaranya.
@andikaputeraa Ni haa close up❤️❤️❤️
♬ original sound - andikaputeraa
Kenapa tangan & mulut macam tu, sebab tak makan folic acid ke? Tasha dah makan macam-macam awak
Namun selaku ibu, Ananda Natasha akui agak terkilan apabila dipersalahkan netizen yang menuduhnya tidak pandai menjaga kehamilan hingga lahirnya anak sebegitu rupa. Menerusi satu klip rakaman video, isteri Andika ini meluahkan bahawa dirinya sudah buat bermacam-macam tips dan usaha sebelum lahirkan Alisha. Ujar pasangan berkenaan, semua ketentuan ini adalah anugerah Ilahi dan tidak patut dipertikai oleh hamba-Nya.
@andikaputeraa Cuba komen kalau sokong statement kami
♬ original sound - andikaputeraa
Sedihnya semua nak salahkan ibu, cakap musibah atas dosa lalu…jangan la hina, anak dia comel tau
Rata-rata netizen di ruangan komen juga pelik kenapa selalunya para ibu dipersalahkan, walhal takdir dan rezeki setiap orang telah ditetapkan sejak azali lagi. Selain berharap agar Andika serta Ananda tabah hadapi stigma tidak berasas tersebut, mereka turut luahkan bahawa cahaya mata pasangan ini sebenarnya sangat comel.
Comments
Post a Comment