Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam.
@uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40
♬ original sound - Universiti Teknologi MARA
Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya
Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan.
Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral
Menerusi satu posting dimuat naik oleh Dato Rusly Abdollah, beliau dedahkan bahawa pelajar yang ditegur tidak memiliki laptop itu sudah pun bergraduasi. Sebaliknya, klip video kontroversi itu dipercayai ditularkan oleh salah seorang rakan sekelasnya yang screen record sesi kuliah online tersebut. Namun begitu, tak dinafikan bahawa rata-rata netizen ‘sentap’ isu ayat berkait tentang golongan B40 dalam kenyataannya.
Lepas bising dalam kelas, dia approach budak tu tanya apa yang perlu…siap tolong dapatkan bantuan zakat & laptop
Selain itu, Syahirah Omar pula berkongsi screenshot beberapa pengguna laman sosial yang mengetahui kisah antara pelajar dan pensyarah tersebut. Siapa sangka selepas insiden kena sound itu, lecturer berkenaan rupanya bantu dapatkan bantuan zakat serta komputer riba bagi memudahkan urusan kuliahnya.
Comments
Post a Comment