Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi Skip to main content

Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi



Bukan sahaja banyak ‘siri’ kontroversi yang berkait dengan dirinya sejak bulan lepas, malah kini pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun. Terbaru, dia tampil menerusi sesi Live TikTok semalam demi memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan.


Pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi meniaga…nak sara anak, mak & suami yang tak sihat, tolonglah faham 


Menurut wakil jurucakapnya, antara kesan buruk viral tempoh hari adalah periuk nasinya di pasar malam telah ‘diboikot’ serta dimarah orang. Sambil mengesatkan air mata, Kak Long menjelaskan bahawa itulah sumber pendapatan utama demi menyara keluarganya selama bertahun-tahun. Dia bahkan sangat tertekan, sehingga pernah terfikir untuk lakukan tindakan drastik yang boleh mengancam dirinya. Mengakui kesilapan di kedai serbaneka itu berpunca daripada khilafnya sendiri, namun dia terkilan timbul isu baru apabila beberapa video lama didakwa sengaja dipotong dan ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


@sagittarius_women #fyp #maaf #kaklongoku #kaklongviral #kaklongkosmetik #kaklongkfc #kaklongdungun ♬ bunyi asal - Sagittarius Women - Sagittarius Women Official


Walaupun salah atau betul lepas ni…saya janji tidak akan berkata buruk & marah orang dalam live lagi 


Justeru itu, dengan penuh kekesalan Kak Long berjanji tidak akan melemparkan kata-kata bernada buruk atau memarahi orang lain dalam siaran live media sosial lagi sekalipun pihaknya sendiri yang betul. Malahan, dia juga berazam untuk menjadi ibu sekali gus menjaga anak-anak dengan lebih baik lagi di masa akan datang.


@sampin_eklusif_trengganu #kaklong #kaklongkosmetik #kaklong7e #viral #trending ♬ original sound - Sampin Eksklusif Terengganu


Rasanya lebih baik diam, bagi semua reda…Kak Long menangis macam mana pun netizen dah tak percaya 


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun belum dapat memaafkan sepenuhnya usahawan wanita berkenaan susulan banyak kontroversi telah terkait dengan dirinya sebelum ini. Sebaliknya, mereka menasihatinya agar ambil iktibar daripada kejadian ini dan senyap daripada media sosial dahulu untuk sementara waktu.





Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari