Nak menghadiri sesebuah majlis tak kira di mana sahaja, ada adabnya sebagai seorang tetamu. Lebih-lebih lagi dari segi tingkah laku sepanjang acara tersebut berlangsung. Janganlah sampai boleh merosakkan suasana atau air muka tuan rumah dari segenap sudut.
Viral di TikTok rakaman mak cik ambil makanan di majlis kahwin
Tapi lain pula kejadian yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan sepasang pengantin ini. Menerusi rakaman yang telah tular di TikTok tersebut, kelihatan salah seorang tetamu sedang asyik mengambil makanan di satu ruang disediakan untuk dijamu ramai.
Mak mak ni memang tak ada lawannya
Walau bagaimanapun, wanita berkenaan bukannya mengambil makanan dengan portion yang memadai untuk dimakan waktu itu. Namun dia dilihat siap membungkus untuk dibawa pulang dalam satu plastik berwarna hijau. Bukan sedikit, tapi habis licin satu dulang makanan yang terhidang di ruangan tersebut tanpa rasa segan silu dan memikiran tetamu lain.
@aayurahayuuu Makmak gak ada lawan emg🤣🤣
♬ original sound - 💜 👸 Lovely Girl👸 💜 🇮? - 💜 👸 Lovely 🍓Girl👸 💜 🇮?
Dulu lepas nikah belum petang lagi makanan dah habis, sebab mak cik-mak cik yang macam nilah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat perbuatan tetamu tersebut yang disifatkan tidak beradab. Dalam pada itu, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan individu mempunyai perangai hampir sama seperti ini di majlis.
Comments
Post a Comment