Sejak semalam kecoh dengan reaksi orang ramai apabila mengetahui seorang wanita yang digelar ‘Kaklong’ malah dijemput bagi satu rancangan temubual di sebuah stesyen TV. Rata-rata meluahkan rasa tidak bersetuju serta tidak berpuas hati selain merasakan individu tersebut sangat tidak sesuai untuk ‘dijulang’ susulan tindakan kasarnya yang pernah viral sebelum ini
Stesen TV ambil kira kegelisahan tercetus & ambil keputusan untuk tangguh penyiaran episod tersebut
Tak lama selepas itu, stesen TV yang berkenaan akhirnya mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang respon diterima. Dalam statement tersebut, pihak produksi menegaskan kehadiran wanita bernama Wan Noor Baizura tersebut dalam rakaman turut disertai seorang pendakwah yang bertindak memberi teguran serta pengajaran susulan perkongsian viral baru-baru ini. Dek kerana kecaman yang diterima, mereka mengambil keputusan untuk menangguh sementara tayangan episod tersebut.
Dia mesti diri dia dah famous…Aku dok kate, mu kate
Namun tak sampai 24 jam lagi berita tentang tayangan rancangan itu ditangguhkan, satu rakaman terbaru sewaktu Kaklong sedang melakukan sesi live malah tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontar netizen sambil berjalan senget beserta riak wajah berbeza tak ubah seperti orang kurang upaya (OKU).
Demi Allah saya tak ada persendakan OKU, saya gurau masa tu dalam live…Serba benda nak rakam
Walau bagaimanapun, Baizura menafikan dakwaan tersebut dan bertegas tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan OKU. Di kesempatan tersebut, Kaklong dilihat turut meminta maaf jika ada pihak yang terasa akan kelakuan serta percakapannya dalam rakaman itu. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga sempat luah rasa kecewa sering menjadi target netizen untuk mencari kesalahan.
Comments
Post a Comment