Selepas mengejutkan ramai dengan imej seakan-akan gambar hidup terperangkap di dalam frame, hari ini lagu baru DSV yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’ akhirnya telah diterbitkan. Walau bagaimanapun, niat seorang wanita ini melakukan parodi lucu lantas mengundang kecaman ramai kerana disifatkan sedikit keterlaluan.
@md5198 dengar dulu teaser lagu terbaru dsv yg bertajuk ‘Ku Ikhlaskan’. DSV.... #datoserivida ♬ bunyi asal - SalamAbadi
Cuba buat parodi lawak namun dikecam teruk
Persis seperti idea video asal, dia telah menyarungkan plastik merah jambu serta pelbagai aksesori di jari jemarinya. Malah dengan solekan serta ekspresi yang lawak, peniruannya yang cuba menjadi Dato’ Seri Vida seakan-akan berjaya sebelum dilemparkan berbondong-bondong komen negatif.
@bearysha._ ghisau ye #dsv #fyp #fypシ゚viral #fypmalaysia #malaysia #queenbawang #comedy ♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUT
Saya bukan buat dengan niat menganjing atau mengejek
Meraih 300 ribu jumlah tontonan, bagaimanapun dia sudah membuat permohonan maaf yang dihantar menerusi Instagram usahawan tersebut. Dalam DM berkenaan, pengguna TikTok berysha ini akui dia tiada niat mahu mengejek dan kandungan parodi yang dibuat tak lain tak bukan demi hiburan semata-mata. Andai diminta, dia juga bersedia untuk memadamkan terus rakaman berdurasi 14 saat terbabit.
@bearysha._ Reply to @bearysha._ ♬ Bertahan Terluka - Fabio Asher
Didapati ada juga netizen lain yang aktif membuat parodi
Melalui tinjauan ke laman TikTok, kini semakin ramai netizen lain yang sudah membuat parodi berkenaan dan turut meraih jumlah tontonan tinggi. Rata-rata fokus kepada solekan bibir yang merah merona selain begitu gigih menggunakan pelbagai barang untuk terlihat sama dengan imej DSV menerusi lagu ‘Ku Ikhlaskan’.
@momot_000 suke2...xsabar nak tngok klip video dsv🤣🤣🤣 #kuikhlaskan #kuikhlaskandsv #dsv #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #datoserivida #lagubaru #beranda #berandamu #tiktok ♬ bunyi asal - SalamAbadi
@man.tlb #dsv #kuikhlaskan #viral #malaysia ♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUT
@roh_gentayangan #ad #chillwithtiktok #dsv #kuikhlaskan #bigstage2022 ♬ original sound - QU PUTEH BARULAH PUT
Comments
Post a Comment