Omza Malaysia Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

Tenang Menghadap Kaabah, TokTi Menangis Sayu Rasai Nikmat Jadi Orang Biasa

Tatkala ramai sibuk membuat persiapan raya, TokTi pula mengambil peluang di minggu-minggu akhir Ramadan ini dengan terbang ke Mekah bagi melakukan ibadah. Walaupun awal-awalnya penyanyi terkenal ini terasa agak berat hati hendak tinggalkan anak-anak dan suami di Malaysia, namun paling berharga adalah kemanisan mengejar pahala di Tanah Suci, Mekah. Dapat duduk dengan orang biasa macam ni, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya Sempat memuat naik video berdurasi sekitar 13 minit, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilihat sedang duduk menghadap Kaabah dikelilingi jemaah lain yang difahamkan sedang berebut-rebut untuk berdoa. Mungkin di mata ramai orang, kehidupan artis ini nampak senang dan glamour kerana diminati begitu ramai peminat. Hakikatnya, ketenangan yang dirasai sekarang sudah lama dirindukan olehnya. Alhamdulillah Allah makbulkan…Suami izinkan pergi sebab dia saya saya amat rindu  Sambil menitikkan air mata, Tokti merasa sebak kerana dapat merasai sebentar ketenangan menjadi ora

Sekeluarga pulang ke kampung, budak lelaki ditinggal sendirian sebab kereta tak muat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan boleh dikatakan ketika ini masing-masing sedang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari yang penuh bermakna ini bersama keluarga tercinta. Kena tinggal sebab kereta tak muat Dalam gembira menghitung hari, jangan di lupa mereka yang mungkin tidak senasib dengan kita seperti yang di lalui budak lelaki ini. RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI Melalui perkongsian Teratai Biru di laman sosial TikToknya, difahamkan budak lelaki itu ditinggalkan keluarganya yang pulang ke kampung kerana kereta tidak muat. Jika dilihat, budak lelaki itu duduk seorang diri di luar rumah dan hanya mampu tersenyum apabila menyedari tingkah serta gelagatnya sedang dirakam. “Sampai hati buat anak macam tu” Hal itu turut membuatkan nertizen bersimpati mengenangkan nasibnya dan mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang sanggup meninggalkan anak sendiri sebegitu. “Kalau tak muatlah sewalah van atau naik bas” “M

Lelaki Yg Tetak KepaIa Ibu Mentua, Adik Ipar Dan Isteri Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Terima Padah

SEORANG pemandu lori yang mencederakan ahli keluarganya dengan parang dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dengan 8 kali sebatan. Tertuduh, Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah ke atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pada Selasa. Kronologi Meneliti fakta kes, Mohd Hadi didakwa terlebih dahulu menyerang ibu mentuanya, Puasa Yasik yang berusia 57 tahun. Apabila wanita warga emas tersebut berjaya melepaskan diri dari cengkamannya, Mohd Hadi mengambil parang berukuran 79 centimeter (cm) berhampiran sinki dapur dan menetak ibu mentuanya di kepala dan lengan. Berikutan kekecohan terbabit, kakak iparnya Norwadiha Rosli, 32, keluar dari bilik tidur untuk membantu ibunya dan akhirnya turut ditetak di kepala oleh defendan. Defendan juga didakwa menyebabkan adik iparnya yang berusia 16 tahun tidak sedarkan diri dengan memukul kepala dan lehernya dengan parang ketika remaja lelaki itu cuba mendapatkan bantuan menggunakan telefon bimbit di ruang tamu. Ke

Fizikal Zamani Makin Membongkok, Siap Minta Maaf Tak Dapat Hiburkan Macam Dulu

Seperti semua sedia maklum, penyanyi Zamani telah menghidap tulang belakang lengkung sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, masalah kesihatan yang dihidapi bukanlah penghalang bagi vokalis kumpulan Slam itu untuk terus berkarya dalam industri seni. Badan tak berapa sihat tapi masih gigihkan diri nak hiburkan peminat  Terbaru dalam sebuah muat naik di TikTok, seorang pengguna berkongsi klip persembahan pelantun lagu Gerimis Mengundang tersebut di sebuah acara iftar. Kelihatan Zamani sedang duduk di atas pentas sambil menyampaikan sebuah lagu, sebelum berdiri dan berinteraksi dengan para penonton. Semalam dia minta maaf kalau tak dapat hiburkan macam dulu…sebak betul  Di sebalik nyanyian yang merdu, rupa-rupanya perhatian netizen tertumpu pada keadaan badan pemuzik berkenaan. Dia dilihat semakin bongkok selain kesukaran untuk bergerak. Malahan, Zamani dikatakan sempat memohon maaf atas kekangan diri sehingga tidak dapat menghibur peminat seperti dahulu. @annasoffiya 🦋🌼

[VIDEO] Buat Bekam Hilangkan Resdung, Tapi Gadis Terlupa 10 Hari Lagi Nak Raya

Selain tak sempat beli baju raya, antara ‘azab’ sebelum tibanya 1 Syawal adalah keadaan muka yang bermasalah. Dalam tengah sibuk bantu keluarga buat persiapan raya, tiba-tiba muncul pula ‘tetamu tak diundang’ seperti jerawat, jeragat dan bermacam lagi. Kalau layankan rasa stres, takut nanti makin beranak-pinak atas muka pula. Tanda bulat merah jelas ketara di dahi gadis  Akan tetapi, berbeza pula dilema yang terpaksa dilalui oleh seorang gadis yang viral di aplikasi TikTok baru-baru ini. Meskipun Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, Nadd pasrah apabila ada tanda merah bulat pada dahinya. Malah ia jelas kelihatan walaupun dari jauh, kerana saiznya yang boleh tahan besar juga. @luckynadd Cringe betul HAHAHA ♬ original sound - Ejen Ali Berbekam sebab resdung…tapi lupa lagi 10 hari nak raya  Rupa-rupanya, gadis tersebut sebelum ini melakukan sesi bekam untuk menghilangkan resdungnya. Walau bagaimanapun, Nadd terlupa pula bahawa hari lebaran akan tiba kurang 10 hari

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a

Dapat KWSP Terus Beli Kereta, Dulu Panas Naik Motor Bancuh Susu Anak Tepi Jalan

Pengeluaran KWSP baru-baru ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Malaysia. Ada yang menjadikan duit itu sebagai modal perniagaan, membeli emas sebagai pelaburan jangka panjang atau mungkin hantar sedikit ke kampung untuk kos renovation rumah ibu ayah. Namun bagi sebuah keluarga di bawah, kisah mereka ternyata cukup mengundang sebak. Anak dua baru merasa ada kereta…Dulu naik motor duduk tepi jalan buat susu anak  Melalui TikToknya semalam, Puan Atikah mendedahkan dia dan suami sepakat membeli sebuah kereta jenis Kancil menggunakan pengeluaran duit KWSP. Meskipun nilainya tidaklah seberapa, namun kejayaan untuk memiliki kenderaan berbumbung itu cukup memberikan makna besar bagi keluarga mereka kerana selama ini hanya berhujan panas dengan motosikal sahaja. @atikah_la_la_la rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊 ♬ Tetap Disini - Maulana Ardiansyah Bermulalah hantar anak sekolah naik kereta…Anak sulung gembira je  Dalam sebuah video lain, anak sulung mereka i

Sambut Raya Di Tanah Suci, Sebak Moment Bapa Mentua Dakap Puteri Sarah & Cucu

Di sebalik kemelut rumah tangga yang hangat diperkatakan, Puteri Sarah sangat bersyukur apabila berpeluang menyambut 10 hari terakhir Ramadan serta Aidilfitri tahun ini di Tanah Suci. Lebih istimewa lagi, dia turut ditemani oleh anak-anaknya menunaikan ibadah umrah yang cukup bermakna tersebut. Suasana hiba bila ibu bapa mentua mengesat air mata & memeluk Puteri Sarah serta anak-anak sebelum berangkat  Pelakon drama ‘Sabarlah Duhai Hati’ berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 11.30 pagi tadi sambil diiringi oleh kedua-dua mentuanya. Paling menyentuh hati, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail mengesat air mata serta memeluk 3 beranak tersebut sebelum berangkat ke Makkah. Walau bagaimanapun, kelibat suami Puteri Sarah tidak kelihatan. Semoga balik nanti ada keputusan gembira…tak kisahlah apa Allah nak bagi, saya reda  Tidak meletakkan sebarang harapan, Puteri Sarah reda dengan apa sahaja ketentuan yang Allah berikan setelah 4 tahun ‘mem

'Saya kerja 12 jam gaji RM1,000, pekerja bangsa lain pula dapat RM1,400' - Gadis dibuang kerja selepas buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja

Gara-gara membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), seorang gadis berusia 22 tahun telah dibuang kerja oleh majikannya. Fatin Nur Hidayah Ramli, terdahulu mendakwa dia telah ditindas oleh majikan kedai gajet yang memberi layanan diskriminasi berhubung pembayaran gaji pokok yang diterimanya berbeza dengan pekerja lain. Difahamkan, semasa Fatin memohon bekerja di kedai itu dia meletakkan anggaran gaji pokok yang diterima adalah sebanyak RM1,200. Namun pengurus cawangan Ipoh itu memaklumkan, gaji pokok di situ adalah RM1,000 sahaja. Tanpa menandatangani sebarang dokumen, Fatin bekerja di kedai itu selama lima bulan di mana dia perlu bekerja selama 12 jam sehari. @fatinramleey_ Jadi lah pekerja yang bijak. Sek kito jange pecoh. 😋🤪😜 ♬ original sound - Semi🚛Truck Layanan diskriminasi itu mula diketahui selepas rakan sekerjanya dari cawangan Johor menghubungi dia untuk bertanya mengenai gaji pokok. Fatin yang jujur memaklumkan, gaji pokoknya berjumlah

Bella Makan 1280 Cili Padi Pembohongan Terbesar Saksi - Peguam Siti Bainun

KUALA LUMPUR: Saksi kelima pendakwaan yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood menafikan dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah dalam kes pengabaian dan penganiayaan Bella, remaja Sindrom Down yang berusia 13 tahun. Pada prosiding perbicaraan hari ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, pengasas rumah kebajikan itu, mencadangkan kepada Yasmin dan bapanya bahawa mereka dibayar di luar mahkamah oleh kumpulan yang menuntut keadilan buat Bella dikenali ‘Justice For Bella’. Bagaimanapun saksi menjawab, ‘tidak setuju’ dengan cadangan tersebut. Dalam pada itu, Yasmin, 19, bersetuju dengan cadangan peguam dimana Bella perlu berdiri setiap hari mengikut arahan Siti Bainun. Berikutan itu, satu rakaman video kemudian ditayangkan di mana peguam bertanyakan soalan apakah yang Bella lakukan. Yasmin berkata, Bella sedang mengutip nasi serta tidak berdiri dan tidak duduk. Nur A’minahtul Mardiah juga mencadangkan bahawa ia

'Woi! Bini aku! Ba**!' - Suami bengang, isterinya yang hamil dipijak peserta challenge RM10K anjuran YouTuber

Tular di media sosial video menunjukkan seorang lelaki mengamuk kerana isterinya dipijak semasa berebut mendapatkan slot untuk menyertai cabaran yang dianjurkan oleh YouTuber tempatan.  Menurut lelaki berkenaan, dia dan isterinya datang ke lokasi setelah mengetahui penganjur tersebut menjanjikan wang hadiah lumayan sebanyak RM10,000 sekiranya memenangi cabaran seperti membaling raket paling jauh, menimbang bulu tangkis paling lama dan banyak lagi. @newtiktokerf #isa #isaisarb @isaisarbofficial #game #challenge #isarb #isaisarbofficial #youtuber #10kchallenge #fyp ♬ Sampai - Isa Isarb Sebaik saja pintu pagar dibuka, orang ramai yang hadir berebut-rebut masuk melalui pagar kecil itu dan wanita hamil itu terlanggar meja yang diletakkan di sebelah kiri pagar lalu terjatuh. @hasifmecca #isaisarb #event #10k #viral #trending ♬ Paris - 斌杨Remix @pzbundle kejadian sebenar insiden perempuan mengandung terjatuh semasa event isaisarb.. #isaisarb #kwsp10k ♬ original sound

Demi kasih kepada ibu, anak muda ini serah semua wang KWSP RM1O,OOO! Sayu jawapan bila ditanya tentang jodoh, duit kahwin.

PEMBERIAN ‘one-off’ pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 bermula Isnin lalu nyata amat mengujakan ramai terutama lagi menjelang ketibaan 1 Syawal. Segelintir pencarum telah pun mengeluarkan wang berkenaan untuk pelbagai tujuan dan rancangan seperti pembayaran komitmen, pelaburan, tabungan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, perkongsian seorang pemuda tentang cara dia menggunakan wang pengeluaran khasnya itu dikagumi ramai. Siapa sangka, pemuda bernama Amran Aminudin ini memindahkan kesemua wang yang dikeluarkannya itu kepada ibu tercinta! Bercakap kepada media tempatan, sejak kerajaan umumkan kebenaran pengeluaran khas, beliau sememangnya sudah berniat untuk menyerahkan wang itu kepada ibunya, Hajjah Nulia, 64, Ibu Amran ‘melabur’ duit pemberiannya dengan membeli seutas rantai tangan emas. ” Semasa dua inisiatif terawal yang diumumkan kerajaan sebelum ini, saya keluarkan juga tetapi tidak beri semuanya kepada ibu. Saya hanya beri untuk keperluan dapur

“Ada Budak Kecil Lagi” – Nertizen ‘Panas Hati’ Tengok Wanita Kena Bantai Atas Motor Dipandu Laju.

 Motosikal merupakan antara kenderaan yang sering kelihatan ligat melalui jalan raya penuh sesak. Oleh itu, para penunggang perlu lebih berhati-hati ketika membawa motosikal terutama jika ada pembonceng dibelakangnya. Bagaimanapun, menerusi klip video yang tersebar di media sosial Twitter, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki kelihatan sangat mencurigakan apabila pembawanya bertindak kasar dengan pembonceng dibelakangnya. Bantai wanita atas motor Dalam rakaman video dikongsi Travel Jimat itu, lelaki yang dipercayai adalah suami, dilihat seolah-olah sedang menyiku isteri dibelakangnya dengan kuat ketika menunggang motosikal. Aksi tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik ke media sosial sehingga mendapat kecaman teruk daripada nertizen. Dua kali kena siku Ramai nertizen panik melihat klip video dari dashcam sebuah kereta itu kerana kedudukan wanita itu yang hampir sahaja terjatuh selepas disiku sebanyak dua kali oleh lelaki berkenaan. Dalam keadaan motosikal yang dipandu laju,