Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak.
Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS
Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan.
@cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK.#cikguayusempoi ♬ bunyi asal - Cikgu ayu
@cikguayu_imtecer Reply to @wanitakidal3001 ♬ bunyi asal - Cikgu ayu
Kalau dah buat yang terbaik untuk anak, itu bagus…Tapi jika tak, ubahlah demi masa depan anak
Terus dikecam akibat komen yang disuarakan, Cikgu Ayu lantas membuat permohonan maaf secara terbuka. Perkongsian itu merupakan pendapat peribadinya sendiri, namun diakui mungkin ia disampaikan dengan nada salah. Pun begitu, cikgu ini berharap ibu bapa di luar sana akan mengubah tabiat negatif demi kebaikan masa depan anak-anak.
@cikguayu_imtecer ok semua..no hate..thats my opinion..myb dengan nada yg salah....#cikguayusempoi ♬ suara asli - 🎶🎧'SHAFEEA'🎧🎶 - 🎶🎧'GUNAWAN'🎧🎶
Mungkin ada yang salah faham…Ada yang kata saya belum diuji…Saya pun ada anak pramatang.
Pernah menerima pelajar yang mempunyai masalah speech delay, Cikgu Ayu tegaskan dia bercakap berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang bergelar guru pra-sekolah. Tambahan lagi, beliau sendiri mempunyai anak pramatang dan sudah dimaklumkan oleh doktor mengenai fasa perkembangan yang lambat.
@cikguayu_imtecer Maaf ya korang.. xde jniat nk merendahkan sesiapa… moga semua dipermudhkan urusan..
♬ original sound - Cikgu ayu
Comments
Post a Comment