Cocomelon merupakan antara salah satu animasi di YouTube yang meraih jumlah tontonan luar biasa dan sangat popular di kalangan kanak-kanak lingkungan usia 1 tahun ke atas. Meskipun dipaparkan setiap hari tak kira sama ada melalui televisyen ataupun telefon bimbit, anak-anak semacam tidak jemu menontonnya. Bahkan mereka akan menangis sekiranya rancangan itu dihentikan walau seketika.
Tanya suami nak pergi konsert Cocomelon…Suami jawab “of course not”
Tidak cukup di YouTube, siapa sangka rupanya ada sebuah konsert di luar negara yang dianjurkan bagi meraikan peminat animasi tersebut. Sepasang suami isteri ini juga sempat berkongsikan pengalaman mereka ketika berseronok di sana sambil membawa seorang anak kecil. Walaupun pada awalnya si ayah menolak ketika diajak pergi, ternyata ada hal lucu terjadi di sana.
@abbieherbert THE END 😂 LIKE FOR PART 2 #cocomelon #husbandwife #parents #parentsoftiktok #react #reaction #fyp #4u #viral #mom #momlife #baby #babiesoftiktok #babyfever #comedy #itsnotajoke #surprise ♬ Just a Cloud Away - Pharrell Williams
Saya rasa konsert ni overstimulating tapi suami asyik menari-nari di tempat duduknya
Saat segmen lagu “Head Shoulders Knees & Toes” diputarkan beserta maskot yang menari di atas pentas, lelaki itu menjadi terlebih teruja dan melakukan beberapa gerakan. Seperti yang ramai ketahui, lagu tersebut bertujuan memperkenalkan anak-anak dengan asas anggota badan. Melihat gelagat lincah berkenaan, si isteri juga terkejut dan merasa lawak kerana suaminya memberikan reaksi sebegitu.
@abbieherbert THE END 😭🤣 LIKE FOR PART 2! #cocomelon #concert #baby #babiesoftiktok #poot #comedy #parentsoftiktok #parents #husbandwife #react #reaction #fyp #4u #viral #mom #momlife #itsnotajoke #firsttime #surprise ♬ Just a Cloud Away - Pharrell Williams
Aku nak simpan video ni…Bagitahu kat anak buah aku biar dia nangis minta ke maknya
Meraih lebih 5 juta tontonan, ramai netizen yang terhibur melihat perangai lucu para bapa dalam konsert kanak-kanak berkenaan. Tidak ketinggalan, ada pula yang berseloroh mahu menabung awal demi hadir ke acara itu satu hari nanti bersama anak masing-masing.
Comments
Post a Comment