Bella Makan 1280 Cili Padi Pembohongan Terbesar Saksi - Peguam Siti Bainun Skip to main content

Bella Makan 1280 Cili Padi Pembohongan Terbesar Saksi - Peguam Siti Bainun



KUALA LUMPUR: Saksi kelima pendakwaan yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood menafikan dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah dalam kes pengabaian dan penganiayaan Bella, remaja Sindrom Down yang berusia 13 tahun.


Pada prosiding perbicaraan hari ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, pengasas rumah kebajikan itu, mencadangkan kepada Yasmin dan bapanya bahawa mereka dibayar di luar mahkamah oleh kumpulan yang menuntut keadilan buat Bella dikenali ‘Justice For Bella’.


Bagaimanapun saksi menjawab, ‘tidak setuju’ dengan cadangan tersebut.


Dalam pada itu, Yasmin, 19, bersetuju dengan cadangan peguam dimana Bella perlu berdiri setiap hari mengikut arahan Siti Bainun.


Berikutan itu, satu rakaman video kemudian ditayangkan di mana peguam bertanyakan soalan apakah yang Bella lakukan.


Yasmin berkata, Bella sedang mengutip nasi serta tidak berdiri dan tidak duduk.


Nur A’minahtul Mardiah juga mencadangkan bahawa ia boleh menyebabkan Bella mengalami keradangan atau ‘inflammation’ pada lutut malah kakinya juga tidak boleh bergerak.


Bagaimanapun, Yasmin yang tidak berpuas hati dengan soalan peguam itu, hanya menjawab ‘tidak pasti’.


Dalam perbicaraan hari ini juga, mahkamah menunjukkan satu rakaman video menunjukkan ketika pertama kali Bella ditemui pengadu kes iaitu saksi pertama pendakwaan, Zurianty Sudin, di mana wartawan dan orang awam tidak dibenarkan berada dalam mahkamah.


Memandangkan Bella masih remaja bawah umur dan dilindungi, Nur A’minahtul Mardiah memohon mahkamah hanya hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan dibenarkan menontonnya dan permohonan itu dibenarkan Hakim Izralizam Sanusi.


Selepas video itu ditayangkan, peguam bertanyakan kepada saksi sama ada Bella ada menyebut nama Siti Bainun dalam rakaman video tersebut, dan saksi menjawab ‘tidak’.


Yasmin kemudiannya bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa wanita yang dipanggil ‘mommy’ (saksi pendakwaan pertama) dalam rakaman tersebut ada bertanya kepada Bella siapa mengikatnya (mangsa), dan dijawab remaja itu, ‘Shomin’.


Menjawab soalan peguam bela sebelum ini, Yasmin mengesahkan Bella memanggilnya dengan panggilan ‘Shomin’.


Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan terbabit sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.


Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara bulan Februari dan Jun 2021.


Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM5O,OOO atau kedua-duanya sekali.


#JusticeForBella: Peguam Siti Bainun Tampil Jawab Isu Gambar Dilihat Tidak Beretika – ” Bergambar Bersama Anak Guam Bukan Satu Kesalahan..”


Umum sedia maklum, tindakan salah seorang peguam mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memuat naik sebuah ciapan mengenai soal balas kes penderaan Bella telah mendapat perhatian netizen yang tertumpu pada sekeping gambar.


Tinjauan di laman sosial Twitter menunjukkan ramai netizen mempersolkan tahap profesionalisme barisan peguam yang menunjukkan gaya ‘keamanan’ dan ‘mini-love’ ketika bergambar dengan Siti Bainun.




Enggan memburukkan lagi keadaan, peguam Nur Hafidzah Hassan tampil menjelaskan dakwaan segelintir netizen berhubung foto tersebut yang turut dilampirkan bersama ciapan transkrip soal balas daripada prosiding kes penderaan melibatkan Bainun dan Bella.



” Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam.


” Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh).


” Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu,” katanya kepada media tempatan.


Di samping itu, peguam Hafidzah turut mengulas dakwaan segelintir netizen mengenai perkongsian ‘cross examination’ yang dikatakan tidak wajar untuk didedahkan di media sosial.


” Cross examination ni dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat.


” Tapi apa yang terjadi adalah, ia didedahkan separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni.


” Sedangkan soalan-soalan balas yang ditanyakan tidak pula ditulis.


” Jadi saya ambil tanggungjawab ini dan semestinya saya sudah bertanyakan kebenaran mahkamah dari pasukan saya untuk berkongsi.


” Media boleh cakap apa yang berlaku semasa cross examination tu…


” Tapi (orang ramai) kena tahu ada banyak lagi soalan balas yang ada dan jawapan seterusnya,” jelasnya.


Sementara itu, Hafidzah menafikan tidak menerima sebarang bayaran mengenai tuduhan yang mengatakan dia dibayar dengan sejumlah wang sehingga sanggup membela Siti Bainun.


” Saya bersetuju untuk membantu kes ini selepas meneliti dokumen yang ada.


” Malah kami barisan peguam yang membantu ini tidak menerima sebarang bayaran,” tambahnya lagi.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari