Tak dinafikan, nama Cef Ammar antara yang paling kerap viral sepanjang bulan puasa kali ini. Meskipun pernah dikecam oleh sesetengah pihak yang kononnya mendakwa harga juadah masakannya terlampau mahal, namun ia hanya bersifat sementara saja jika dibandingkan dengan semangat kental dimiliki oleh cef terkemuka ini.
Pelanggan marah staf Cef Ammar sebab utamakan ibu hamil
Sekitar petang tadi, satu kekecohan tiba-tiba berlaku di lokasi gerainya melibatkan salah seorang pelanggan daripada ratusan lagi yang berderet beratur menanti untuk beli juadah berbuka puasa. Difahamkan, lelaki terbabit mempersoal tindakan pekerja Cef Ammar gara-gara memberi keutamaan kepada golongan wanita hamil untuk membeli terlebih dahulu.
You pergi mana-mana bagi orang mengandung duduk…elder citizen duduk
Rentetan isu tersebut, Cef Ammar tampil mempertahankan stafnya sambil memberi ‘ceramah’ kepada pelanggan berkenaan. Situasi tegang itu malah turut dipantau oleh beberapa anggota polis bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku. Akhirnya, pelanggan lelaki berkenaan membawa diri serta batalkan hasratnya untuk membeli apa-apa berkemungkinan baru menyedari kesilapannnya.
@mohdarizan Terbaik Cheff, kasi ajar sikit..
♬ original sound - Mohd Arizan
Macam-macam dugaan dia kena hadapi…kalau tak boleh sabar janganlah beratur
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan yang diambil oleh Cef Ammar bagi meleraikan kemelut tersebut. Dalam pada itu, mereka juga terkilan dengan sikap individu yang hanya pentingkan diri tersebut walhal banyak lagi lokasi tumpuan umum khaskan keistimewaan buat golongan berisiko tinggi.
Comments
Post a Comment