Pengeluaran KWSP baru-baru ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Malaysia. Ada yang menjadikan duit itu sebagai modal perniagaan, membeli emas sebagai pelaburan jangka panjang atau mungkin hantar sedikit ke kampung untuk kos renovation rumah ibu ayah. Namun bagi sebuah keluarga di bawah, kisah mereka ternyata cukup mengundang sebak.
Anak dua baru merasa ada kereta…Dulu naik motor duduk tepi jalan buat susu anak
Melalui TikToknya semalam, Puan Atikah mendedahkan dia dan suami sepakat membeli sebuah kereta jenis Kancil menggunakan pengeluaran duit KWSP. Meskipun nilainya tidaklah seberapa, namun kejayaan untuk memiliki kenderaan berbumbung itu cukup memberikan makna besar bagi keluarga mereka kerana selama ini hanya berhujan panas dengan motosikal sahaja.
@atikah_la_la_la rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊
♬ Tetap Disini - Maulana Ardiansyah
Bermulalah hantar anak sekolah naik kereta…Anak sulung gembira je
Dalam sebuah video lain, anak sulung mereka ibarat menjadi insan paling gembira apabila kini ibu ayahnya sudah mempunyai kereta. Buktinya, dia begitu teruja saat pertama kali hendak dihantar ke sekolah menaiki kenderaan comel tersebut.
@atikah_la_la_la harini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊
♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu - Yudha Paramata
Tahniah dapat kenderaan elok…Ini pun salah satu kesenangan hidup
Melalui ruangan komen, netizen akui terharu dan menumpang gembira melihat keluarga itu akhirnya memiliki kenderaan sendiri. Dalam pada itu, ramai juga yang terkenang kehidupan sendiri di mana mereka turut menggunakan kereta sama sekali gus dapat menjimatkan sara hidup.
Comments
Post a Comment