'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting Skip to main content

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting



Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu.

Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit. 

"Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. 


"Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi. 



"Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhadap SAm di mana fakta menyokong bahawa dia adalah pemandu yang bertanggungjawab dan mangsa sebenar dalam kemalangan ini. 

"Kegagalan ibu bapa bakal mat rempit yang membenarkan anak-anak mereka berkeliaran di jalan dengan basikal yang diubah suai atau 'basikal lajak' pada jam 3 pagi. 

"Kami tidak menerima penghakiman ini dan menyeru hukumannya dibatalkan supaya tidak menjejaskan masa depan seorang warganegara Malayhsia yang muda dan tidak bersalah. Sam Ke Ting bukanlah punca kemalangan ini. Puncanya adalah 16 bakal mat rempit dan ibu bapa mereka," kata kenyataan dalam petisyen tersebut. 

Setakat ini, petisyen tersebut telah ditandatangan oleh 280,148 individu yang menyokong Sam Ke Ting dibebaskan dari hukuman tersebut. 

Turut disertakan video sebelum kemalangan itu berlaku di mana pemandu terbabit nyaris melanggar sekumpulan penunggang basikal lajak di lebuhraya berkenaan.

Selain itu, turut trending di media sosial tanda pagar #justiceforsamketing yang menuntut keadilan untuk wanita berkenaan kerana ramai yang berpendapat Sam tidak bersalah dalam kes tersebut. 




"Perempuan ini tidak bersalah. Arak tak ada, dadah tak ada, pandu laju pun tak. Siapalah yang berbasikal di lebuh raya pada jam 3 pagi? Astaga," kata Sheena. 




"Aku tak tau kenapa aku emo dan kesian sangat dengan kes dia ni. Terbit rasa yang sangat bersimpati terhadap dia sebab aku dapat rasakan dia pun tak jangka benda ini akan terjadi. 




"Persoalannya sekarang, kenapa ada budak-budak main basikal atas highway pada jam 3 pagi secara beramai-ramai? Macam mana ahli keluarga boleh tak perasan anak keluar tengah malam? Aku doakan Sam dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini," kata Rosnorhazlina. 




"Pernah sekali aku balik lewat jam 2 pagi, hampir tergilis budak-budak tengah lepak sambil baring tepi jalan kat selekoh. Alhamdulillah dapat elak. Bayangkan kalau tak sempat elak, apa jadi pada aku? Adakah aku cuai dan salah? Bayangkan juga hidup aku sebelum itu baik, terus menjadi gelap sebab salah ibu bapa yang cuai mendidik anak mereka. Adil tak untuk aku, mak ayah dan keluarga aku? 




"Tak faham bila mak ayah budak-budak itu rasa lega bila ada orang dipenjarakan sebab kesilapan didikan mereka sendiri," kata Annas. 




"Kes ini membuktikan sistem keadilan di negara kita perlu ditambah baik. Kalau ini salah pemandu, adakah sama juga kalau seseorang itu melompat depan tren dan konduktor tren dipersalahkan kerana melanggar individu tersebut?" soal Kristina. 

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari