Apabila tercetus isu lambat hamil, golongan wanita sering dipersalahkan 100% kononnya mempunyai masalah kesuburan sehingga susah ‘lekat’. Bukankah proses mendapatkan anak melibatkan 2 pihak? Maka sewajarnya, penyelesaian sama-sama dicari dan bukannya menuding jari kepada isteri semata-mata. Keadaan pastinya bertambah buruk jika keluarga belah mentua masuk campur dan tidak habis-habis memberikan tekanan.
Pernah diugut suami nak kahwin lain kalau tidak ada anak
Persis pengalaman yang pernah dilalui seorang wanita ini, awalnya dia juga sukar mengandung ketika menjalani perkahwinan pertama dahulu. Gara-gara itu, bekas suaminya malah mengugut hendak berkahwin baru jika isterinya gagal memberikan zuriat.
Goodluck bro, kerja keras ya
Tidak cukup dengan itu, wanita ini turut dituduh sebagai mandul kerana masih belum mengandung. Namun dalam rumah tangga dengan pengganti baru, dia bersyukur dikurniakan zuriat sekali gus membuktikan bahawa sebenarnya bekas suamilah yang mempunyai masalah kesuburan selama ini. Sejak dikongsikan, rakaman pendek ini berjaya meraih hampir 200 ribu jumlan tontonan.
@hannahneb jgn marah, tiada nama pun 🤣🤣
♬ suara asli - Scorpiogurl 🌈 - G A B R I E L A < 3
Apa khabar agaknya bekas laki sis sekarang?…Menangis terima kenyataan dia rupanya yang tutttt
Melalui ruangan komen, ramai netizen berpuas hati mendengar perkongsian daripada Puan Hannah. Selain itu, mereka berkongsikan pendapat mungkin segelintir lelaki takut hendak membuat pemeriksaan kesuburan kerana risau terbongkar punca sebenar isteri sukar hamil.
Comments
Post a Comment