29 Mac lalu, Usop berkongsikan berita gembira kepada peminat apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim disahkan sudah hamil. Ramai juga yang menumpang bahagia memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Februari. Diberikan rezeki anak dengan cepat, usia pernikahan itu baru menginjak tempoh 2 bulan.
Alhamdulillah rezeki Allah…Terima kasih suamiku Dalam rakaman TikTok yang meraih lebih 800 ribu jumlah tontonan itu, penyanyi terkenal tersebut gagal menahan air mata sesudah mengetahui dirinya bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Awalnya, Teha telah meletakkan pregnancy test di dalam plastik kemudian disorokkan ke dalam bagasi yang sedang dikemas suaminya.
@usop_97 Alhamdulilah rezeki allah....i love u sayangku🤲❤️❤️😭😭 #usopjunior #fyp ♬ original sound - Usop
Usop dapat teguran cepat sangat dedahkan Teha hamil pada umum
Pun begitu, keputusan Usop yang terlalu cepat dedahkan mengenai berita kehamilan itu kepada orang ramai lantas mendapat teguran mesra daripada ibunya. Rupa-rupanya, Naib Juara Mentor Milenia 2017 ini mempunyai seorang abang yang sudah berkahwin sekitar 2 tahun namun masih belum dikurniakan rezeki zuriat.
Saya akui silap kongsikan berita kehamilan isteri terlalu awal
Kemungkinan akan mengecilkan hati pasangan suami isteri lain khususnya yang masih TTC (try to conceive) , Usop mengakui khilaf ekoran sikap agak terburu-buru saat berkongsikan hal tersebut. Pun begitu, kedatangan ‘malaikat kecil’ yang menghuni rahim isterinya sangat disyukuri dan diraikan dengan penuh teruja. Apalagi, Teha sememangnya tiada masalah diberikan anak secepat ini.
Comments
Post a Comment