Kedai Chef Ammar viral lagi, pembeli ‘meroyan’ beratur lama tapi juadah habis Skip to main content

Kedai Chef Ammar viral lagi, pembeli ‘meroyan’ beratur lama tapi juadah habis



Selepas tular berkenaan harga makanan yang dijual dikatakan ‘cekik darah’, tukang masak viral, Chef Ammar Ali sekali lagi menjadi sorotan di media sosial berkenaan rasa tidak puas hati pelanggannya.


Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Muhamad Bukhari, dia telah memuat naik satu video seorang lelaki yang dikatakan berasa berang kerana tidak dapat membeli Nasi Arab kerana telah habis.


Meroyan tak dapat beli Nasi Arab

Dalam rakaman video itu lagi, lelaki berkenaan telah bertemu dengan Chef Ammar dan memaklumkan yang dia sudah beratur lama namun tidak dapat membeli juadah tersebut memandangkan pembeli sebelumnya sudah memborong dalam kuantiti yang banyak.


@mrbukhari46 isu di bazaar stadium shah alam . kedai cheff ammar. #fypシ #fypシ゚viral #chefammarbazzarramadan ♬ original sound - Muhamad Bukhari


Dapat didengar yang lelaki itu menyarankan kepada tukang masak berasal dari Palestin tersebut untuk memberi limit kepada pembeli agar orang lain dapat membeli serta merasai sama Nasi Arab istimewa itu.


Perkongsian video berkenaan telah ditonton lebih dari dua juta viewers kurang dari sehari ia dimuat naik. Dapat dilihat juga yang Chef Ammar cuba menenangkan lelaki itu dan memberikan penjelasan walaupun dia sendiri seperti dalam keadaan letih.



Banyak betul dugaan Chef Ammar berniaga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas berkenaan isu tersebut. Kebanyakkan daripada mereka berasa keluhan lelaki itu tidak wajar kerana dia tidak mempunyai hak untuk menyekat pembelian orang lain.


Mereka juga merasakan yang hal remeh ini tidak perlu dilayan kerana konsep ‘siapa cepat dia dapat’ perlulah diamalkan kerana ia melibatkan pembelian di bazar Ramadan.



Dulu kata mahal, dah viral beratur pulak




Dia pula nak atur chef, hang buka kedai sendiri la




Baru-baru ini, perniagaan Chef Ammar di Bazar Ramadan Shah Alam menjadi perhatian ramai selepas ada pihak mendakwa Nasi Arab yang dijual berharga ‘Tel Aviv’.


Perkara itu membuatkan tukang masak tersebut sedikit emosi dan menjelaskan harga tersebut berpatutan dengan barang yang digunakan kerana menggunakan bahan-bahan berkualiti serta proses pembuatannya yang khusus.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari