Menangis Gara² Kahwin Tergesa², Wanita Fail Penceraian Bila Dapat Tau Perangai Sebenar Suami Skip to main content

Menangis Gara² Kahwin Tergesa², Wanita Fail Penceraian Bila Dapat Tau Perangai Sebenar Suami



Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mengimpikan hubungan yang dibinakan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Namun, tiada siapa dapat melawan takdir apabila jodoh yang dijaga tidak dapat diteruskan lagi seperti angan-angan sebelum ini.


Tiada lagi ungkapan sehidup semati, hanya pasrah dan belajar daripada kegagalan rumah tangga sebelum ini seperti yang berlaku kepada wanita ini.


Video wanita ini telah mendapat respon netizen yang rata-rata risau dapat suami macam tu.





Ketika orang lain sibuk mengenali hati budi pasangan masing-masing, wanita yang dikenali Fatih ini mengatakan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya selepas sebelum berkenalan.


Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, dia meluahkan kesalan apabila mengetahui belang suaminya itu selepas mendirikan rumah tangga.


Tambah wanita yang mengenakan set persalinan busana biru itu, dia membayangkan semuanya indah belaka selepas berkahwin, namun lain pula jadinya.


Ini dapat dilihat apabila suaminya itu seringkali membandingkan dirinya dengan isteri orang lain.


Tidak cukup dengan itu, suami yang disangka bertanggungjawab sebenarnya tidak pernah bertanyakan akan keadaan isterinya walaupun sekali sepanjang tinggal berjauhan.



Fatih bulat-bulat mempercayai janji manis yang dilontarkan oleh suaminya itu dengan membimbing dirinya ke arah lebih baik dan patuh dengan tuntutan agama.


Sebaliknya, dia mengatakan tidak pernah melihat suaminya itu sekali pun mendirikan solat walaupun aplikasi Islamik di telefon mudah alih sudah melaungkan azan.


Apabila ditanya, suaminya berkata dia masih belum bersedia untuk mendirikan solat.



Setelah tidak tahan dengan situasi rumah tangga, dia tekad untuk memfaikan cerai walaupun suami itu terus menyakiti hati dan perasaan apabila mengetahui tindakannya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita itu dan mengatakan dia layak mendapatkan seseorang lebih baik dari sebelum ini.



Selain itu, ada warganet meluahkan kerisauan untuk berkahwin apabila melihat perlakuan suami wanita tersebut.


Apa-apa pun, semoga dipermudahkan urusan penceraian, dan kalau boleh duduklah berbincang sebelum terjatuhnya talak.

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari