Selain Khuzairi dan Mia Adriana, tak dinafikan bahawa siri drama ‘7 Hari Mencintaiku’ sering mengetengahkan pelakon-pelakon cilik yang mempunyai berbakat luar biasa. Selain Buntat, antara watak yang pernah viral dalam musim sebelum ini adalah Kenit. Di sebalik kecomelan masing-masing, emosi yang ditampilkan oleh mereka juga mampu meruntun jiwa penonton.
Kak Long, Kenit lapar…Kenit nak makan nasi
Tanpa disangka-sangka, itulah dialog yang menjadi trademark watak diterajui pelakon bernama Puteri Rafasya atau Cobi sehingga kini. Bukan saja tampil dalam keadaan yang agak comot, para penonton juga sering mengalirkan air mata apabila melihat Kenit sering dimarah dan dikasari oleh kakak kandungnya Syakila (Faye Kusairi).
Watak Kenit diganti pelakon cilik baru dalam musim ke-3
Namun dalam musim ke-3 kali ini, ramai terkejut besar apabila watak ikonik tersebut digantikan dengan pelakon baru. Dalam satu babak, Kenit terserempak dengan Mak Andak yang sedang mengutip botol dan tin kosong ketika dalam perjalanan balik dari sekolah. Terkenang detik payah yang pernah dilalui, justeru si cilik berkenaan bermurah hati menghulurkan duit bekalnya kepada wanita tersebut.
@syedizzakil Sedutan Episode 3 Drama 7 Hari Mencintaiku 3 #7harimencintaiku3 #karya #sitirosmizah #tv3 #tv3malaysia #dramasangat #fyp #fy #foru #virall #dramatiktok #viraltiktok #fypシ゚viral #trend #trending ♬ original sound - Syed Muhamad Izzudin
Kenit lapar sampai glowing eh…taknak Kenit ni nak yang lama, kenapa ditukar?
Walau bagaimanapun menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah ‘tidak restu’ apabila Kenit diganti dengan pelakon cilik selain Puteri Rafasya. Dalam pada itu, ada yang turut berseloroh bahawa watak berkenaan sudah lama tidak muncul TV sampai dah glowing daripada penampilannya sebelum ini.
Comments
Post a Comment