Seremban: Polis menemui rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di lokasi pencarian di Jalan Bukit Zamrud, di sini, pagi tadi, selepas operasi pencarian dilakukan sejak 28 Mac lalu.
Penemuan kira-kira jam 11 pagi itu berjaya menemui tengkorak, geraham dan cebisan rangka dalam keadaan bertaburan di tanah serta dilitupi daun kering kira-kira 10 meter daripada lokasi asal pencarian.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ekoran daripada penemuan rangka manusia itu, pihaknya mengklasifikasikan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu membunuh.
Ditanya mengenai kaitan kes ini dengan penemuan mayat wanita tanpa identiti di gaung dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, 20 Mac lalu, Nanda berkata, suspek bagi kedua-dua kejadian dipercayai individu yang sama.
“Wanita yang ditemui di Jalan Lama Bukit Putus dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ini tidak mempunyai kaitan.
“Sebenarnya pencarian ini dilakukan sejak 28 Mac lalu sehingga ke hari ini. Kami mendesak suspek utama dan saksi supaya memberitahu lokasi sebenar mangsa dibuang atau ditanam.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita pada 22 Mac di dua lokasi di daerah ini.
Bapa luah kesedihan
Menerusi komen yang dimuat naik oleh Encik Hasrul Izwan di laman facebook Harian Metro, beliau mengatakan rangka kanak-kanak tersebut merupakan anaknya yang hilang sebelum ini.
“Ya Allah…anak aku.. hanan…maafkan baba sebab tiada disisi hanan ketika hanan menempuh hari2 yg perit sehingga akhir nafas…”
Comments
Post a Comment