Di sebalik kemelut rumah tangga yang hangat diperkatakan, Puteri Sarah sangat bersyukur apabila berpeluang menyambut 10 hari terakhir Ramadan serta Aidilfitri tahun ini di Tanah Suci. Lebih istimewa lagi, dia turut ditemani oleh anak-anaknya menunaikan ibadah umrah yang cukup bermakna tersebut.
Suasana hiba bila ibu bapa mentua mengesat air mata & memeluk Puteri Sarah serta anak-anak sebelum berangkat
Pelakon drama ‘Sabarlah Duhai Hati’ berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 11.30 pagi tadi sambil diiringi oleh kedua-dua mentuanya. Paling menyentuh hati, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail mengesat air mata serta memeluk 3 beranak tersebut sebelum berangkat ke Makkah. Walau bagaimanapun, kelibat suami Puteri Sarah tidak kelihatan.
Semoga balik nanti ada keputusan gembira…tak kisahlah apa Allah nak bagi, saya reda
Tidak meletakkan sebarang harapan, Puteri Sarah reda dengan apa sahaja ketentuan yang Allah berikan setelah 4 tahun ‘memendam’ tentang permasalahan rumah tangganya. Sebaliknya, buat masa ini dia mahu beribadat dengan tenang dan teruja untuk mengejar malam ‘Lailatul Qadar’ di Tanah Suci bersama anak-anak. Tambahnya lagi selesai menunaikan umrah, mereka bertiga akan sambung bercuti di Istanbul pula.
Dah lantik 2 peguam untuk selesaikan isu ni…nak buat umrah dengan tenang
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendedahkan bahawa dia sudah melantik 2 peguam serta menyerahkan segala bahan penting kepada mereka bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Selain akan membacakan setiap doa yang telah dikirim di depan Kaabah, dia turut bersyukur kerana dikelilingi ramai individu positif termasuk ibu dan bapa mentuanya.
Comments
Post a Comment