“Sungguh tabah..” Yatim Piatu & Kerja Sebagai Guard Pada Usia 14 Tahun, Pelajar Ini Terima Anugerah Skip to main content

“Sungguh tabah..” Yatim Piatu & Kerja Sebagai Guard Pada Usia 14 Tahun, Pelajar Ini Terima Anugerah



Terkadang kita sangka kehidupan kita sudah cukup susah namun tanpa kita duga ada yang lebih hebat dugaannya dan secara tak langsung ini juga mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur.


Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar tabah yang dikenali sebagai Adik An yang mana Seawal 5 tahun sudah menjadi anak yatim, sebelum bertukar menjadi yatim piatu pada usia 14 tahun.



PERJALANAN KISAH HIDUP ANAK YATIM PIATU BERNAMA MOHD FARHAN ROSLEE


Mohd Farhan Roslee – 16 Tahun


SMK Sg. Layar Sg. Petani, Kedah.


Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun telah merubah jalan hidupnya. Emak yang berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh sakit. Memaksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.



Di saat rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah, dia sudah bersengkang mata dan menyarung seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg. Petani selama lebih setahun dengan gaji RM40 sehari. Dia menyara kehidupan. Emak yang diserang stroke tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana selalu saja tidak sihat.


Suatu hari dia dikejarkan ke hospital akibat apendiks dan doktor memutuskan dia harus menjalani pembedahan kecemasan. Di masa yang sama, emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan yang makin meruncing. Emak di wad tingkat atas dan dia pula di wad tingkat bawah. Bangunan yg sama.


‘Syurga’ Pergi Menghadap Ilahi Tanpa Diduga


4 hari di wad, akhirnya emak pergi mengadap Illahi. Dalam usianya 14 tahun, dia, abang, kakak dan adik perempuannya pun ternobat yatim piatu.


Lebih menyayat hati, saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembedahan kali kedua.


Bahkan dia bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke liang lahad, memberikan kucupan terakhir utk emak pun tidak sempat kerana dia masih belum sedar.


Sebaik dia sedar dan dimaklumkan emak telah pergi, hanya Allah saja yang tahu betapa pilu dan hancurnya hati. Sejak itu, saban malam dia menangis di wad. Menangis kesedihan mengenangkan emak yang telah pergi dan menangis menanggung kesakitan akibat pembedahan.


Dia dirujuk kepada Kak Pah. Kak Pah menziarahi dia di wad. Menceritakan pada dia tentang kehidupan di rumah anak yatim. Hanya satu soalannya …


” Kalau saya duduk rumah anak yatim, bolehkah saya sekolah semula? Saya nak sekolah …. “


Sudah Jatuh Ditimpa Tangga


Keluar wad, kakaknya menghubungi Kak Pah. Memaklumkan rumah mereka berteduh sebelum ini sudah dilelong bank. Kakak, abang dan adik perempuannya memilih untuk tinggal bersama saudara-mara tetapi dia enggan meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu sedih mengenangkan kenangan arwah emak.


Kak Pah menghubungi dia tapi dia memberikan alasan meminta masa barang seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yang sangat pelik dari dia. Penuh kesedihan dan kekecewaan. Kak Pah dan staff rumah anak yatim bergegas ke rumahnya.


Merindui Emak Yang Tiada Penghujungnya


Sungguh hiba melihat keadaan dia yang sudah terbaring di tilam usang selama seminggu dalam keadaan sakit akibat kesan pembedahan. Tanpa makan minum yang sempurna. Mengharapkan ehsan seorang kawan semata yang tinggal di kawasan itu.


Rumah yang sudah dipotong bekalan air dan letrik itu sudah tidak layak dihuni kerana kotor dan semak. Kata jirannya, mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yang kelihatan sunyi sepi. Dia dipapah keluar dari rumah itu sehelai sepinggang dalam deraian air mata.


Dikalung Anugerah Khas Atas Jati Diri Yang Tinggi, Tahniah Adik An!


Hari ini dia menerima Anugerah Khas dari pihak sekolah atas tingkah-lakunya terpuji dan jati dirinya yang berusaha untuk bangkit semula walau telah dua tahun terkandas dalam persekolahan.


Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dia, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yang selama ini tidak jemu memberikan dia dorongon dan harapan.


Sama-samalah kita doakan, semoga Dik An akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.



Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari