Pada zaman kini, ramai lelaki yang kononnya tulus menikahi seorang perempuan tanpa sedar menjadikan isteri mereka persis orang gaji. Daripada mengemas rumah, memasak, menjaga anak sampailah kepada mencuci baju, mereka hanya tahu ‘memerintah’ dan enggan menolong langsung. Dalam bahasa mudah, dia adalah ‘raja’ yang mana semua benda perlu disiapkan.
Alhamdulillah dapat suami yang menyenangkan…Kalau malas takde masalah
Akan tetapi, seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki berasal dari negara Jerman ini seakan-akan mendapat ‘rezeki terpijak’. Berbeza dengan suami-suami tipikal, pasangan hidupnya itu sangat memahami bahkan tidak pernah memaksa Puan Anditah melakukan kerja rumah sekiranya sudah datang mood malas.
Dulu ibu selalu nasihat dari kecil, perempuan tu tak boleh malas-malas
Wanita ini dulunya pernah dinasihati ibunya agar menjadi seorang isteri yang sangat taat, pandai melayani dan haruslah cekap memasak untuk suami. Pun begitu, tekanan itu langsung tidak dirasai dan dia sangat bertuah kerana lelaki ini merupakan seorang yang ringan tulang. Meskipun baru bergelar mualaf, dia juga rajin beribadat dalam mengenali agama Islam.
@anditahp Dan menjadi pasangan hidup, sahabat dan rekan kerja yang terbaik 😊 tidak pernah membatasi istri beropini dan berkarya dan tidak mengedepankan „gender role“ semata 😌 #mixmarriage #mixedcouple #indojerman #suamibule #fypシ #angel ♬ ANGEL BABY X ANGEL BABY - sadvibes🥀
Orang kita kena belajar dengan laki macam ni….Orang western pandai berdikari
Melalui ruangan komen, ramai netizen berharap moga satu hari nanti mereka akan dikurniakan jodoh sebaik itu juga. Selain itu, nilai murni yang ditunjukkan oleh suami Puan Anditah disifatkan wajar menjadi pengajaran dan tauladan buat segelintir lelaki di luar sana.
Comments
Post a Comment