Tatkala ramai sibuk membuat persiapan raya, TokTi pula mengambil peluang di minggu-minggu akhir Ramadan ini dengan terbang ke Mekah bagi melakukan ibadah. Walaupun awal-awalnya penyanyi terkenal ini terasa agak berat hati hendak tinggalkan anak-anak dan suami di Malaysia, namun paling berharga adalah kemanisan mengejar pahala di Tanah Suci, Mekah.
Dapat duduk dengan orang biasa macam ni, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya Sempat memuat naik video berdurasi sekitar 13 minit, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilihat sedang duduk menghadap Kaabah dikelilingi jemaah lain yang difahamkan sedang berebut-rebut untuk berdoa. Mungkin di mata ramai orang, kehidupan artis ini nampak senang dan glamour kerana diminati begitu ramai peminat. Hakikatnya, ketenangan yang dirasai sekarang sudah lama dirindukan olehnya.
Alhamdulillah Allah makbulkan…Suami izinkan pergi sebab dia saya saya amat rindu
Sambil menitikkan air mata, Tokti merasa sebak kerana dapat merasai sebentar ketenangan menjadi orang biasa tanpa dikenali oleh sesiapa. Maka sebab itulah, keputusan Datuk K yang bersetuju memberikan keizinan buatnya untuk pergi ke sana diumpamakan seperti sebuah rahmat besar.
@kick_kapoor8989 🥹🥹🥲😭 #fypシ #fyp #viral #sitinurhaliza @toktitiktok ♬ Selawat - Dato' Sri Siti Nurhaliza
Dalam diam, Tokti kehilangan kehidupan yang biasa…Takde orang memerhati & tenang depan Kaabah
Menerusi ruangan komen, netizen juga menjadi terharu mendengar luahan selebriti terkenal Malaysia ini. Dalam diam, mereka mengerti TokTi merindui kehidupan normal tanpa perlu dirakam kamera 24 jam sehari.
Comments
Post a Comment