Tuan Balik Dari Singapura Lepas 486 Hari, Apa Yang Dibuat Anjingnya Bikin Sebak Skip to main content

Tuan Balik Dari Singapura Lepas 486 Hari, Apa Yang Dibuat Anjingnya Bikin Sebak



Walaupun anjing gemar mengejar orang khususnya di kawasan taman perumahan, namun ia juga sangat dikenali sebagai haiwan yang setia. Tambahan lagi apabila diberikan jagaan terbaik dan dibelai manja, ia benar-benar menghargai kasih sayang yang diberikan oleh tuannya. Berpisah sekejap pun sudah tidak keruan, apalagi ditinggalkan lebih setahun persis kisah di bawah.


Ekor anjing bergerak laju tanpa henti 


Menerusi perkongsian TikTok paandichealsea, 2 ekor anjing jenis golden retriever menjadi sangat gembira apabila melihat kelibat tuannya yang dikatakan baru pulang dari negara Singapura. Hampir 500 hari terpisah, gerakan laju ekor binatang comel itu sudah cukup membuktikan betapa kepulangan itu disambut dengan penuh kerinduan.



Akhirnya selepas 486 hari, saya jumpa Simba & Nala 


Mempunyai saiz yang hampir besar seperti manusia, Nala serta Simba sangat teruja dan terus meloncat tanpa henti. Malahan saat pemuda itu baring di lantai halaman rumah, kedua-duanya turut bergolek sama selain menjilat-jilat tanpa henti. Sejak dimuat naik semalam, rakaman itu berjaya meraih lebih 400 ribu jumlah tontonan.


@paandichelsea Finally after 486 days….. I meet my babies Simba and Nala🥰😭☹️#goldenretriever #lehlusimbanala #singaporelockdownparithapangal #doglover #simba #Nala ♬ original sound - 🔵Paandi Chelsea🔵


Dia tetap kenal walaupun ada mask sebab boleh hidu tuan dia…Aku pula yang meleleh air mata 


Meskipun tidak boleh membela anjing, namun rata-rata netizen Islam sangat sebak melihat pertemuan semula ‘keluarga kecil’ itu. Kecomelan yang ditunjukkan oleh 2 ekor anjing cukup menyentuh hati sekali gus membuktikan bahawa hubungan manusia dan haiwan juga tiada tandingannya.





Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari