Selain tak sempat beli baju raya, antara ‘azab’ sebelum tibanya 1 Syawal adalah keadaan muka yang bermasalah. Dalam tengah sibuk bantu keluarga buat persiapan raya, tiba-tiba muncul pula ‘tetamu tak diundang’ seperti jerawat, jeragat dan bermacam lagi. Kalau layankan rasa stres, takut nanti makin beranak-pinak atas muka pula.
Tanda bulat merah jelas ketara di dahi gadis
Akan tetapi, berbeza pula dilema yang terpaksa dilalui oleh seorang gadis yang viral di aplikasi TikTok baru-baru ini. Meskipun Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, Nadd pasrah apabila ada tanda merah bulat pada dahinya. Malah ia jelas kelihatan walaupun dari jauh, kerana saiznya yang boleh tahan besar juga.
@luckynadd Cringe betul HAHAHA
♬ original sound - Ejen Ali
Berbekam sebab resdung…tapi lupa lagi 10 hari nak raya
Rupa-rupanya, gadis tersebut sebelum ini melakukan sesi bekam untuk menghilangkan resdungnya. Walau bagaimanapun, Nadd terlupa pula bahawa hari lebaran akan tiba kurang 10 hari lagi dari tarikh rawatan tersebut dibuat. Justeru itu, dia tertanya-tanya bilakah kesan tersebut mengambil masa untuk pudar.
@luckynadd Weyh selalu lame ke nk hilang😭
♬ suara asli - 𝙍𝙮𝙪𝙪'𝙉𝙤𝙩`𝙆𝙚𝙩𝙘𝙚⍤⃝🎟 - 𝙍𝙮𝙪𝙪`𝘼𝙡𝙬𝙖𝙮𝙨? ⍤⃝🎟
Seminggu dua hilanglah ‘cop mohor’ tu…raya nanti pakai foundation tebal 5 inci baru tak nampak
Secara keseluruhannya, hantaran video tersebut telah meraih hampir 1 juta tontonan setakat ini. Berdasarkan pengalaman masing-masing, ramai netizen menyatakan bahawa kesan merah tersebut akan pudar dalam tempoh 1 hingga 2 minggu. Dalam pada itu, mereka turut berseloroh agar letak foundation tebal bagi mengelakkan ditanya orang di pagi raya nanti.
Comments
Post a Comment