[VIDEO] Selalu Mak-Mak Buat, Ayah Ini Raih Pujian Tak Geli Sedut Hingus Anak Skip to main content

[VIDEO] Selalu Mak-Mak Buat, Ayah Ini Raih Pujian Tak Geli Sedut Hingus Anak



Oleh kerana antibodi anak-anak masih belum kuat seperti orang dewasa, terkadang mereka mudah dijangkiti masalah demam atau selsema. Ubat daripada doktor memang memadai, namun hati ibu ayah mana yang tidak risau melihat nafas si kecil mereka menjadi ‘pendek’ kerana hidung tersumbat. Maka tidak hairanlah masih ada yang menggunakan cara sedut hingus direct dari hidung


Bapa tular tak geli sedutkan hingus anak selsema 


Walaupun cara ini sudah dibuat sejak dulu-dulu lagi, namun penularan video milik Puan Zati Shahril tetap berjaya meraih perhatian dan mengejutkan ramai. Sedang berada di dalam kereta, dia merakam kelibat suaminya memangku anak kecil mereka yang sepertinya kurang sihat.



Be the parent you never had 


Meskipun nampak sukar kerana budak itu cuba menolak dan merengek, si ayah secara perlahan telah memegang pipi dan terus menyedut hingus. Kemudian, sisa itu diludahkan semula ke tisu sebelum dibuang. Sekali pandang mungkin ia nampak menggelikan, namun kasih sayang seorang bapa sememangnya tidak ternilai apalagi melihat cahaya mata tersayang dalam keadaan begitu.


@zati.shahril Be the parent you never had @puteradanial18 ♬ suara asli - punya kamu🤍🙇‍♀️



Untungnya dapat suami macam ni…Seorang ayah yang baik sebab tak semua rela buat 


Melalui ruangan komen, ramai netizen akui mereka juga menggunakan cara sama untuk membuang hingus anak-anak persis dilakukan ibu ayah mereka pada zaman dahulu. Pun begitu, ada yang baru tahu cara sebegitu boleh dilakukan sekali gus berkongsi tentang kewujudan alat membuang hingus.





Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari