Menjaga anak yang masih kecil bukan lah satu perkara yang mudah apatah lagi bila berkahwin awal dan bergelar ibu pada usia yang masih muda. Tentunya kurang pengalaman dan banyak yang perlu dipelajari tambah-tambah lagi jika ianya merupakan anak pertama. Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis yang masih bersekolah tertidur di dalam kelas gara-gara keletihan berjaga malam menjaga anak mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @leaarissaa, difahamkan dia perlu menahan rasa mengantuk walaupun perlu ke sekolah pada esok hari demi menjaga anak perempuannya yang masih berusia 3 bulan. Dia juga sempat berkongsi beberapa buah foto dimana memaparkan dia berada di sebelah anaknya yang sedang tidur bahkan dapat kita lihat reaksi mukanya yang kepenatan dan matanya yang agak sembab. Video yang tular di laman TikTok: @leaarissaa when you become a mother too early 🤭 #fypシ #mamamuda ♬ Chạy ngay đi _ Sơn Tùng MTP - dhn
Kami akan memaparkan mengenai isu semasa di dalam dan di luar negara dan juga info yang menarik di serata dunia