Anak DibuIi, Bapa Akan Saman 10 Pelajar, Termasuk Pengetua Dan Guru Disiplin Skip to main content

Anak DibuIi, Bapa Akan Saman 10 Pelajar, Termasuk Pengetua Dan Guru Disiplin



“Mereka pijak kepala dan badan…” – Bapa mahu tindakan diambil terhadap guru & pembuli anaknya.



Seorang bapa berusia 52 tahun mahu mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelajar yang menyerang (buli) anaknya di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, baru-baru ini, termasuk guru yang gagal mengambil tindakan.Menurut lelaki itu, anak lelakinya berusia 16 tahun diserang sekumpulan pelajar terbabit pada jam 9.40 pagi, 11 Mei di padang sekolah. Mangsa terdahulu dimaklumkan ada pelajar yang mahu bertemu dengannya di lokasi dan apabila datang ke lokasi, dia dikelilingi 10 pelajar lain.


Anak dibuli di padang sekolah.

Mngsa dimaki dan ditengking serta ditolak salah seorang suspek sebelum ditumbuk di bahagian muka. Mangsa cuba mempertahankan diri tetapi terjatuh.


“Anak saya memaklumkan, sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya. Dia juga memberitahu, mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh.


“Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka. Anak saya berjaya melepaskan diri dan pergi ke pejabat pengetua untuk membuat aduan.


Guru selesaikan tanpa tindakan.

“Apabila saya bertemu dengan pengetua, dia memaklumkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan ia menyebabkan saya terkedu. Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil?


“Kejadian itu menyebabkan anak saya mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri serta dia masih belum sembuh sepenuhnya,” katanya.


Ekoran kejadian itu, dua laporan polis telah dibuat dan dia mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelajar terbabit.


Bukan kejadian kali pertama.



Difahamkan, itu bukan kali pertama anaknya menjadi mangsa buli. Pada tahun 2019, anaknya dibuli dan apabila lelaki itu pergi ke sekolah, dia dimaklumkan oleh guru yang mangsa dengan pembuli telah berbaik.


Bagaimanapun dalam tahun yang sama, salah seorang daripada pembuli terbabit mengugutnya menggunakan pisau. Namun mngsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sehingga April 2020. Terkejut mendengar insiden tersebut, bapa mngsa terus memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah agar pembuli terbabit dikenakan tindakan.


Malangnya, pada Julai 2020, pihak sekolah memaklumkan pelajar terbabit tidak lagi datang ke sekolah. Alasan yang diberikan itu mengundang rasa kecewa bapa mngsa.


“Anak saya seorang yang pendiam dan sukar untuk menceritakan masalah dihadapinya selain takut dengan ugutan pelajar yang membuli serta mengarahkannya tidak membuka mulut. 


“Pihak sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas kejadian buli yang berlaku sehingga kejadian itu kerap berulang. Kejadian buli ini bukan saja berlaku kepada anak saya, malah beberapa pelajar lain dan pelajar yang suka membuli ini didalangi kira-kira 10 orang yang diketuai beberapa pelajar senior.


“Kumpulan ini dipercayai merekrut pelajar junior untuk menyertai mereka, sebab itu kejadian ini berlarutan hingga anak saya yang kini berada di Tingkatan Empat masih dibuli oleh kumpulan sama,” ujarnya.


Bapa mngsa akan memfailkan saman terhadap sekumpulan pembuli terbabit, termasuk pengetua sekolah dan guru disiplin kerana cuai dan tidak menjalankan tugas mengikut prosedur Kementerian Pendidikan.  Dia juga sedang meneliti beberapa langkah yang akan diambil dan tidak lagi berhasrat menghantar anaknya ke sekolah itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Pihaknya telah mengambil keterangan dari mangsa dan beberapa saksi termasuk guru. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a