Berani Tegur Suspek, Hero Tergerak Hati Selamatkan Budak Bila Nangis Didukung Skip to main content

Berani Tegur Suspek, Hero Tergerak Hati Selamatkan Budak Bila Nangis Didukung



Penduduk di Taman Kota Masai, Pasir Gudang semalam kecoh dikejutkan dengan satu insiden dipercayai cubaan melarikan seorang kanak-kanak dari Sekolah Agama Taman Scientex. Walau bagaimanapun, tindakan penjenayah pantas digagalkan hasil tindakan pantas dan keprihatinan orang awam semasa di lokasi kejadian termasuklah ‘hero’ utamanya, saudara Mohd Zuwairi Aziz


Awalnya disangka kemelut rumah tangga…saya tanya ini anak siapa, tapi dia tak dapat jawab 


Berkongsi cerita melalui portal mStar Online, Zuwairi yang kebetulan melintasi jalan tersebut pada awalnya menyangka kejadian di depan matanya tentang kemelut rumah tangga. Namun sebaik dimaklumkan ia cubaan larikan kanak-kanak, dia terus mengekori suspek lelaki memakai T-shirt kelabu berlengan panjang berkenaan. Malah apabila disoal budak tersebut anak siapa, lelaki terbabit gagal menjawab terutamanya apabila dikerumuni ramai orang awam.




Saya tergerak hati sebab budak tu menangis masa didukung…rupanya abang terlewat jemput, jadi dia jalan kaki keluar sekolah 


Ujar Zuwairi lagi, hatinya mula tergerak untuk bantu apabila perasan budak yang bersama lelaki terbabit menangis sepanjang didukung. Rupanya sebelum itu kanak-kanak 7 tahun tersebut nekad berjalan pulang dari sekolah, memandangkan jarak ke rumah agak dekat dan kebetulan abangnya terlewat sikit datang jemput. Selepas masing-masing berjaya ditenangkan, suspek diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.


Kalau ternampak kejadian yang agak mencurigakan di depan mata…kita ambil tahu & prihatinlah sikit 


Susulan insiden cemas tersebut, lelaki berusia 39 tahun ini berharap masyarakat berani ambil tahu dan prihatin jika terdapat kejadian yang mencurigakan berlaku di depan mata. Dalam pada itu, Zuwairi turut berharap ibu bapa dapat iktibar agar jangan mengambil ringan aspek keselamatan anak-anak kerana ancaman boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana jua.


Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari