Cef Selebriti dan Instafemes Terkenal Ini Dicekup Sedang KhaIwat Di Hotel, Isteri Tinggal Jauh Dan Anak Dah Ramai
MELAKA: Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup sedang berkhaIwat bersama teman wanitanya di sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini.
Lelaki berusia 40-an itu dan pasangannya berusia 20-an ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sekitar jam 1.30 pagi.
“Wanita tersebut memaklumkan dia tahu mengenai status lelaki terbabit yang bergelar suami orang.
“Kami berjaya menahan pasangan ini selepas mendapat maklumat awam mengenai aktiviti mereka,” ujarnya.
Justeru, pasangan terbabit dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khaIwat) yang mendatangkan syak wasangka melakukan maksiat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Mereka boleh didenda maksimum RM3,OOO atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – UTUSAN vis gstv
Comments
Post a Comment