Baru-baru ini tular sebuah rakaman menyaksikan tindakan seorang lelaki tanpa pakaian mengejar dan menghempas seorang kanak-kanak dihadapan khalayak.
Video tersebut menjadi bualan bilamana rata-rata netizen tertanya-tanya akan punca kejadian tragis itu.
Marah ajakan hubungan intim ditolak
Memetik laporan Malaysian Update, kejadian yang berlaku itu melibatkan seorang ayah dan anak lelakinya berusia 7 tahun.
Menurut kenyataan isterinya, ketika kejadian, suspek meminta untuk melakukan hubungan intim namun isterinya menolak kerana mengandung.
Bapa naik angin hempas dan belasah anak
Si suami kemudian berang dan bertindak agresif dengan mengejar anaknya sebelum menghempasnya beberapa kali di atas jalan sehingga mengejutkan jiran yang lain.
Dia menghempas anaknya di atas jalan berturap bertubi-tubi, namun masih tidak berpuas hati lalu dia kemudian terus membelasah anaknya itu dengan kejam.
Suspek ketika itu disyaki mabuk dan mengambil dadah
Budak lelaki dan bapa maut selang sehari
Mngsa segera dibawa ke hospital berhampiran, namun mngsa disahkan mennggal dunia sebaik tiba di sana.
Sementara itu, suspek dipukul oleh orang ramai akibat marah dengan perbuatannya terhadap kanak-kanak tersebut sebelum pihak polis tiba dan menahannya.
Pelaku itu disahkan mennggal dunia pada hari berikutnya di dalam sel tahanannya, menurut kenyataan polis mendiang telah menghantukkan kepalanya ke dinding sewaktu dalam tahanan.
Video:
Isteri tolak hubungan intim, bapa kejam naik angin hempas anak pic.twitter.com/0jsWccA6Du
— Superkiram (@Superkiram1) May 11, 2022
Comments
Post a Comment