“Terima kasih hiburkan kami dulu dekat NT7”, Netizen Teruja Lihat Pelakon Suara Doraemon Skip to main content

“Terima kasih hiburkan kami dulu dekat NT7”, Netizen Teruja Lihat Pelakon Suara Doraemon



Tipulah kalau cakap tak suka tengok kartun Jepun Doraemon waktu kecil-kecil dulu kan? Malah Doraemon ni lah yang menceriakan zaman kanak-kanak kita dulu.


Walaupun kartun Doraemon sudah berpuluh tahun sejak pertama kali ditayangkan, kita mesti excited walaupun dah banyak kali tengok sampai dah hafal setiap babak!


Suka memang suka, tapi pernah tak korang tahu pelakon suara Doraemon sebenarnya seorang wanita!



Ya, wanita! Wanita tersebut bernama Ruhaiyah Ibrahim. Baru-baru ini, dia tular di laman TikTok kerana mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia dalam suara Doraemon!


Difahamkan, Ruhaiyah diberi bantuan oleh Jabatan Amal Malaysia di atas rumahnya yang banjir lumpur di Kg. Kerling Hulu Selangor tempoh hari.


Untuk pengetahuan semua, Ruhaiyah Ibrahim ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam alih suara bahan televisyen dari negara asing.



Dia juga merupakan pelakon suara bagi watak utama dalam versi Bahasa Malaysia bagi siri anime Jepun Doraemon.


Sejak video tersebut dimuat naik oleh @nooraidilputrawah beberapa hari lepas, ianya tular dengan jumlah tontonan sebanyak 503.2 ribu serta meraih 56.4 ribu tanda suka!


Video yang tular di laman TikTok


@nooraidilputrawah #fypシ #jabatanamalmalaysia #banjir2022 ♬ Doraemon - Animation Toons


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat pelakon suara Doraemon itu. Malah mereka sempat mengungkapkan rasa rindu untuk menonton kartun Doraemon.


Selain itu, mereka turut mengucapkan terima kasih kerana pernah menceriakan mereka semasa kecil dahulu serta mendoakan kesihatan wanita tersebut.


Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok


“ini la suara deromon slama ni…pernah tgk akak dan rakan² alih suara yg lain bersama show dato awei di tv3..”

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a