Isteri Kerja Oversea Siap Kirim 8K Sebulan, Sekali Suami Guna Untuk Kahwin Lain Skip to main content

Isteri Kerja Oversea Siap Kirim 8K Sebulan, Sekali Suami Guna Untuk Kahwin Lain



Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya memasang impian agar hubungan itu kekal sampai akhir hayat. Walaupun ada yang berjauhan atas faktor kerja, namun ia bukanlah penghalang untuk terus bersama. Namun, berbeza pula dengan nasib seorang isteri ini apabila suaminya sanggup selingkuh secara senyap-senyap.


Isteri diperantauan cari rezeki, suami di tanah air cari bini 


Menerusi perkongsian seorang Peguam Syarie iaitu Fahmi Ramli di laman Facebook, kisahnya bermula ketika individu tersebut telah hadir untuk dapatkan nasihat. Jelasnya, wanita berkenaan merupakan seorang jururawat di luar negara selain meraih pendapatan sebanyak RM15 ribu setiap bulan. Pada awalnya, dia menolak untuk ke oversea oleh kerana berat hati untuk berjauhan dengan family. Namun terpaksa jua direlakan selepas terkenang cahaya mata serta nasib pasangannya yang tidak bekerja.




Setiap bulan tak pernah miss kirim RM8 ribu kepada keluarga 


Oleh kerana gajinya yang dikira cukup mewah, wanita tersebut juga tidak pernah terlepas untuk mengirimkan wang sebanyak RM8 ribu kepada suami untuk keperluan rumah dan si kecil. Selepas 2 tahun bekerja, akhirnya si ibu pulang setelah mendapat cuti yang panjang. Namun, dia berasa sebak apabila mendapat tahu bahawa insan tercinta telah pun berkahwin tanpa pengetahuannya. Ia terbongkar selepas individu berkenaan menemui sijil nikah yang tertera nama lelaki itu serta perempuan ‘simpanannya’.




Rupanya duit yang dihantar selama ini untuk tampung perbelanjaan perkahwinannya 


Lebih mengejutkan, duit yang dihantar selama ini rupanya telah digunakan untuk kos perkahwinan serta membeli kediaman untuk isteri baharu. Malah, insan itu turut berasa sedih kerana ia juga tidak digunakan walaupun satu sen terhadap anak-anak. Bagaimanapun, pasangan tersebut difahamkan telahpun berpisah biarpun pada awalnya lelaki itu tidak ingin melepaskan secara baik.




Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a