Pernah Sedih Dikelilingi Rakan Kaya, Pelajar Asnaf MRSM Kini Lompat Ke T20 & Jana 9K Sebulan Skip to main content

Pernah Sedih Dikelilingi Rakan Kaya, Pelajar Asnaf MRSM Kini Lompat Ke T20 & Jana 9K Sebulan



Duit dan harta bukan lah satu penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pokok pangkalnya ianya atas diri kita sendiri, kalau kita bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara makan tiada apa yang mustahil.


Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini diman seorang wanita yang dikatakan daripada keluarga asnaf kini tarafnya menghampiri golongan T20



Memetik laporan mStar, gadia yang dikenali sebagai Sarihan Mustapha akui perit dengan kehidupan yang dilalui sejak kecil dan nekad untuk mengubah nasib keluarganya.


Difahamkan, gadis berusia 20 tahun ini hanya dibesarkan oleh ibu yang berpendapatan kira-kira RM500 sebulan.


“Selepas berpisah, saya bersama enam lagi adik-beradik dibesarkan sepenuhnya oleh mak dari kecil sehingga umur saya 17 tahun, mak tidak mempunyai kerja tetap.”



“Memang ada bantuan ibu tunggal, tapi tak cukup pun nak tanggung perbelanjaan keluarga. Jadi dari kecil hingga tingkatan 5, setiap kali isi dalam borang ibu bapa memang saya tulis gaji mak RM500 sebulan.”



“Kadang rasa malu sebab takut orang pandang rendah dan hina apabila mereka bertanya apa pekerjaan mak… ia berlanjutan sehingga saya masuk MRSM (Maktab Rendah Sains Mara),” luahnya yang merupakan anak keenam.


Menurut anak kelahiran Bachok, Kelantan itu lagi, keadaan lebih menyedihkan apabila dia berada di sekolah menengah.



Mana tidaknya, pendapatan ibu dan bapa rakan-rakan sekelas sangat besar dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.


“Tingkatan 4 dan 5 saya dimasukkan ke MRSM Bitara (program khas)… di situ kebanyakan pelajarnya adalah daripada keluarga yang kaya serta mempunyai status seperti Datuk dan Datin.”


“Sedangkan semasa berada di tingkatan 5, mak saya tidak lagi bekerja kantin sebaliknya melakukan kerja kampung dengan gaji sekitar RM500.”


“Di MRSM pula, sesi pembelajarannya menggunakan iPad sahaja. Jadi saya dengan famili yang sangat susah serta tiada adik-beradik yang boleh tolong pada masa itu, tidak mampu memiliki gajet berkenaan. Malah permohonan bantuan yang dihantar ke wakil rakyat tidak pernah dibalas, jadi saya teruskan pembelajaran tanpa iPad selama dua tahun,” ujarnya sebak.



“Keadaan itu menyebabkan saya belajar dalam keadaan sedih sebab dikelilingi orang kaya. Apa yang mereka nak gunakan dalam pelajaran sentiasa dapat.”


“Walaupun saya mempunyai biasiswa, tetapi buku dipegang oleh kaunselor… tetap rasa tak seronok sebab bila duit kurang kena jumpa kaunselor untuk minta dan pelajar lain memang dah tahu hanya pelajar miskin yang akan berjumpa kaunselor,” jelasnya.


Terganggu dengan situasi seumpama itu menyebabkan dia tidak mampu untuk mendapatkan keputusan cemerlang seperti yang ditetapkan pihak sekolah.


“Saya bersyukur sebab kawan-kawan rapat tidak menyampah dan berkira dengan saya pada masa itu.”


“Memang saya rasa insecure dengan diri, selalu bersedih dan menangis… saya telefon mak dan mengadu yang kawan-kawan saya kaya-kaya serta pandai. Alhamdulillah walaupun saya rasa nak berhenti dari MRSM, mak saya sentiasa bagi semangat sehingga saya habis,” ceritanya lagi.


Seperti anak remaja yang lain, Sarihan juga mengimpikan hidup senang dan mahu mengubah nasib keluarga.



“Tamat sahaja persekolahan, saya berdoa supaya apa yang saya nak buat dipermudahkan. Masa tu fikir bagaimana nak ubah kehidupan yang berstatus asnaf dan tak sangka yang saya akan terfikir untuk buat bisnes selepas peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alhamdulillah Allah bukakan mata saya untuk melihat pelajar-pelajar universiti buat bisnes.”


“Memasuki usia 18 tahun, saya mula berdaftar sebagai ejen satu produk dan tiga bulan selepas itu saya berjaya menjana pendapatan empat angka. Pada masa itu saya dalam proses pendaftaran di matrikulasi.”


“Rasa seronok kerana orang lain beratur untuk mengeluarkan elaun belajar, saya pula dapat bonus bisnes. Pendapatan yang diperoleh membuatkan saya mampu memberi duit belanja RM1,000 kepada mak manakala RM1,000 untuk saya berbelanja,” ujarnya yang pernah peroleh pendapatan sehingga RM9,000 ketika usia 19 tahun


Menzahirkan rasa syukur dengan rezeki di usia muda, dia turut gembira apabila pensyarah tidak menghalang bisnes sebaliknya turut memberi sokongan padu.


“Waktu di matrikulasi saya belajar aliran sains dan merupakan pelajar fast track. Sungguhpun dalam waktu singkat itu, saya sempat lagi buat bisnes sedangkan rakan lain menyatakan mereka hampir kurang waras kerana jadual belajar sangat padat.”


“Semangat itu saya dapat kerana dah berjanji dengan diri untuk ubah nasib diri dan keluarga… saya tak mahu keluarga berstatus asnaf. Jadi sibuk atau tidak saya tetap jalankan bisnes, walaupun tengah peperiksaan, saya berjaya capai bonus sehingga RM9,000 bersih.”


“Bila buat bisnes saya berjaya ‘lompat’ sehingga hampir mencapai status T20,” luahnya yang turut menyeru insan senasib dengannya untuk tidak berdiam diri sebaliknya menggunakan peluang yang ada untuk mengubah taraf hidup.


Video yang tular di laman TikTok:


@sarihansss #CapCut ♬ original sound - sarihans


Kini dia melanjutkan pelajaran dalam jurusan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan, keputusan yang diperoleh tetap cemerlang iaitu 3.74 walaupun jadual hariannya padat.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a