Saya minta maaf, saya gagal kawal emosi dan naik angin ketika itu, kata pekerja restoran 35 Skip to main content

Saya minta maaf, saya gagal kawal emosi dan naik angin ketika itu, kata pekerja restoran 35



MELAKA – Pekerja Restoran 35 di Banda Hilir di sini memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.


Nor Abdilla Baharom, 39, yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran asam pedas itu mengakui apa yang berlaku  secara spontan dan menjadi kebiasaannya ketika menguruskan kedai milik keluarganya itu.


“Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.


“Tapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.



Mengulas lanjut Nor Abdilla berkata,  dia berharap isu terbabit selesai dan menyerahkan sepenuhnya kepada orang ramai untuk memilih restoran asam pedas mana yang menepati citarasa mereka di Melaka.


“Mana-mana (pelanggan) yang rasa tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada hak pelanggan masing-masing.


“Tapi bagi pelanggan biasa yang tahu (perkhidmatan) kami, mereka tahu orang Melaka cakap memang kasar-kasar dan kuat tapi tak semua percakapan orang Melaka itu berbentuk makian,” katanya.


Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di restoran asam pedas berkenaan mendapati, ia tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan termasuk pelancong dari luar negeri sehingga ada yang sanggup beratur untuk menunggu giliran meja di premis terbabit kosong. – MalaysiaGazette

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a