Sejak kemelut berkaitan faraid tercetus, Ali Puteh akui kehidupannya sebagai seorang pelawak ibarat ‘sendu’ seketika kerana banyak tawaran kerja yang tiba-tiba dibatalkan. Sepanjang 2 tahun berturut-turut, dia terpaksa berjimat menggunakan duit simpanan disusuli keperluan membesarkan anak-anak serta tanggungan keluarga.
Nak ‘bertekak’ selamanya pun tiada guna…Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun
Hingga sekarang, kelangsungan hubungan baiknya dengan bekas kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali masih belum menemui penyelesaian akhir. Namun melalui perkongsian bersama portal Oh Bulan, kini difahamkan pelawak itu sudah bersedia untuk bersemuka dengan balu Abam dan berharap segala isu di antara mereka selesai secara baik tanpa sengketa lagi.
Datanglah jumpa kami…Dia perlu tandatangan daripada ayah
Berkaitan dokumen urusan berkaitan tuntutan faraid pula, Ali Puteh berkata Hidayah boleh datang bertemu pihak sana tanpa sebarang syarat pun. Memandangkan hal mutahak berkenaan melibatkan ramai orang, kerjasama yang baik adalah amat penting agar ia dapat diselesaikan dengan tertib hingga penghujung.
Februari lalu, Hidayah menang saman fitnah…Ali diperintah bayar RM60,000
Nasi sudah menjadi bubur. Apabila diumumkan memenangi perbicaraan saman fitnah sejak Februari lalu (sudah diperjuangkan 2 tahun berturut-turut), Hidayah akhirnya dapat menaik nafas lega sekali gus membersihkan semula nama yang sudah tercalar. Manakala bagi pihak Ali Puteh pula, dia diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM60,000.
Comments
Post a Comment