Omza Malaysia Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

Berat hati menahan kesedihan, seorang bapa terpaksa tembak anak ‘IaIok’ eIak diserang

Seorang bapa menembak mati anak sendiri yang cuba menyerangnya menggunakan sebilah parang ketika berada di bawah pengaruh dadah, lapor laman berita Thaiger semalam. Ruangrit Phromthong, 56, menggunakan selaras senapang patah untuk menembak anaknya yang merupakan penagih tegar, Adisak kelmarin. Ketika kejadian, mangsa menghunus parang sepanjang 1.2 meter ke muka Ruangrit di daerah Sichon, Thailand. Pada Ahad lalu, mangsa sekali lagi bertindak ganas ke atas ahli keluarganya dan Ruangrit cuba menghentikan keganasan  tersebut. Namun, semasa kekecohan berlaku, Adisak menghunus  parang ke arah bapanya. Ruangrit kemudian melepaskan tembakan ke arah Adisak. Dia kemudian menelefon polis dan menceritakan insiden yang berlaku sebelum menyerahkan senapangnya apabila polis tiba. Polis menemui Adisak terbaring dalam keadaan tidak bernyawa di rumah mereka bersama selaras  senapang patah. Sebilah parang sepanjang 1.2 meter turut berada di sisi mangsa. Komisioner Polis,  Kittisak Ramsawat berkata, piha